Tuesday, 2 October 2012

Misteri Villa Syakilla


         cerita ni aku tulis sendiri..kalau terdapat kesilapan aku mintak maaf..almaklumlah..aku baru nak berjinak2 tulis2 cite ni..kalau x best sorry k..


         Hafiz(peddu), Hilmi( Amy), Hisham(kupang), Fauzan(steven), Faiz(bedark), sahri(ujang) dan aku(kecik) adelah kawan baik di Unisza. Kami adalah pelajar Diploma in Human Resources (sumber manusia) di sini. Kami semua adalah rakan sekelas. Apa sahaja aktiviti yang kami lakukan kami akan lakukan bersama-sama. Aku masih ingat lagi pada cuti semester yang lepas kami semua serta pelajar lain telah diberi tugas untuk mengkaji dan menyelidik cara hidup masyarakat di Malaysia ini. Seperti biasa aku, Peddu, Amy, Kupang, Steven, Bedark dan Ujang akan pergi bersama- sama sebagai satu kumpulan dan assignment kali ini telah diketuai oleh Peddu.Kami semua telah mendapat kata sepakat dengan memilih Pekan Suram sebagai tempat kami membuat penyelidikan untuk menyiapkan assignment kami. Pekan Suram adalah pekan yang agak terpencil di Melaka. Kami semua memilih Pekan Suram sebagai tempat projek assignment kami  kerana kami dengar Pekan Suram sangat popular dengan kesuramannya. Dengar cerita selepas waktu maghrib orang-orang di Pekan Suram tidak keluar dari rumah. Ini menyebabkan kumpulan kami menjadi sangat teruja untuk megetahui mengapa orang-orang di Pekan Suram tidak keluar rumah selepas waktu maghrib dan kami telah membuat keputusan untuk bertolak ke Pekan Suram pada keesokkan harinya. Tepat jam pukul 8 pagi kami semua mula bertolak dari Unisza ke Melaka dengan menaiki kereta Avanza milik Hilmi. Hampir 4 jam kami semua berada di dalam kereta akhirnya kami semua tiba juga di Melaka.Setibanya kami di Melaka, kami pun mulalah mencari Pekan Suram yang agak terpencil itu. Untuk memudahkan kerja kami, kami pun bertanyakan orang-orang yang berada di situ. “ Asalmualaikum pakcik” tanyaku kepada seorang pakcik dalam lingkungan 30-an yang sedang menghisap rokok di dalam warung. “Waalaikumusalam, ye dik ada ape” balas pakcik itu. “boleh tumpang tanya tak pakcik, sebenarya saya ni daripada Unisza, datang ke mari nak membuat kajian mengenai projek assignment kami, pakcik tahu x jalan nak pergi ke Pekan Suram” tanya ku lagi. Tiba- tiba wajah pakcik itu terus berubah dan terus menghidupkan enjin motornya tanpa menjwab pertanyaanku tadi. Aku menjadi hairan dengan sikap pakcik itu, tanpa membuang mase aku pun pergi bertanya kepada orang lain yang berada di dalam kedai tersebut, belum sempat aku bertanyakan apa-apa mereka semua telah beredar dari kedai itu. Aku bertambah hairan dengan sikap orang-orang disitu, adekah aku tersalah cakap? Aku sendiri pun tidak tahu. Dengan perasaan kecewa aku pun masuk semula ke dalam kereta. “Ha cik macam mane, dah tahu tak jalan nak pergi ke Pekan Suram tu” tanya ujang kepada aku. “ tak dapat ape-ape lagi la jang, aku baru je sebut  jalan nak pergi ke Pekan Suram diorang dah berambus” balasku. “habis tu macam mane kita nak pergi Pekan tu?” ujar Peddu. “Entahlah, kita tanya lah orang lain, jagan cepat putus asa” jawabku.

          Kami pun meneruskan perjalanan sepeti biasa. Setibanya di Bukit Katil kami lihat ada sebuah kereta yang berhenti di dada jalan, kelihatanya seperti tayar keretanya bocor. Kami pun memberhentikan kereta kami untuk menolong tuan punya kereta itu. “Asalammualaikum pakcik, kenapa ni” tanya steven kepada tuan punya kereta itu.“Waalaikumusalam, ni ha tayar kereta pakcik bocor, tayar spare takde angin, kedai jauh pulak tu dari sini” jawab pakcik itu. “ takpe pakcik biar kami tolong pakcik, kami ada tayar spare” sapa Amy. Kebetulan pula kereta pakcik itu sama dengan kereta Amy iaitu kereta Avanza. Hampir 15 minit, akhirnya tayar yang bocor itu telah pun kami gantikan. “Alhamdulillah, ada juga orang yang baik seperti kamu semua didunia ni lagi, pakcik ingatkan orang-orang baik dah lama pupus, apa-apa hal pun terima kasih lah ye sebab tolong pakcik, nah ambilah RM 30 ni sebagai ganjaran,pakcik nak bagi banyak-banyak pun pakcik takde duit, pakcik bukanya orang senang” kata pakcik tu kepada kami semua. “eh takpe-takpe pakcik, pakcik simpan jerk duit tu, kami semua tolong pakcik dengan ikhlas, tak minta apa-apa balasan pun” balas Amy. “erm pakcik, pakcik tahu tak mana jalan nak ke Pekan Suram? Kalau pakcik tak keberatan boleh tak pakcik tunjukan kami jalan nak kesana?” sapa aku. “PekanSuram??buat apa kamu semua hendak kesana?” jawab pakcik itu. “sebenarnya pakcik kami semua ni pelajar daripada Unisza, kami nak ke Pekan Suram untuk menjalankan projek assignment kami disana” balasku lagi. “baiklah disebabkan kamu dah pun menolong pakcik, pakcik akan tunjukan jalan kesana, tetapi ingat pakcik tidak galakkan kan kamu kesana diatas sebab-sebab tertentu” ujar pakcik itu. “sebab-sebab tertentu? Sebab-sebab macam mane tu pakcik?” sapa kupang. “adelah sebab-sebabnye yang pakcik tidak boleh beritahu kamu, nanti kamu akan tahu sendiri” balas pakcik itu. “baiklah pakcik” jawab Kupang. Kami pun memulakan perjalan ke sana bersama-sama dengan pakcik itu, hampir 2 jam perjalanan kami,akhirnya kami berhenti di dua persimpangan. Pakcik itu turun daripada keretanya dan bergerak kearah kereta kami. “maaf pakcik hanya dapat hantarkan kamu sampai disini sahaja” kata pakcik itu kepada Amy. “baiklah, terima kasih pakcik, kalau takde pakcik tak tahu lah sekarang ni kami semua ada di mana.” Jawab Amy. “sama-sama, lepas ni kamu ikut jalan disebelah kiri, kamu tegak je jangan belok-belok, dalam lebih kurang 1 jam kamu akan sampai ke Pekan Suram” kata pakcik itu lagi. “baiklah pakcik” balas Amy lagi. “tapi ingat yang pakcik tak galakkan kamu untuk pergi ke pekan itu, dan satu hal lagi ingatlah kepada niat asal kamu pergi ke Pekan Suram tu..jangan bersuka ria dan buat perkara-perkara yang tak sepatutnya di Pekan Suram itu kerana kalau tidak bala akan menimpa kamu” pesan pakcik itu. “baiklah pakcik, kami tahu jaga diri kami di tempat orang, kami bukan budak-budak lagi, bailkah pakcik kami gerak dulu ye..Asalamualaikum” balas Amy. “waalaikumusalam,semoga Allah memberkati dan melindungi kamu semua” jawab pakcik itu.

          Jam sekarang menunjukan tepat 2 petang, terasa penat jugak badan kami semua,yelah dari tadi duduk dalam kereta tu tak sampai-sampai jugak ke destinasi yang hendak dituju,perut pun dah mula lapar. “Amy nanti kau berhentilah kat kedai makan mana-mana, perut aku dah lapar dah ni” kata Peddu kepada Amy. “:ha yelah” jawab Amy ringkas. Setelah setengah jam perjalanan kami berhenti disebuah kedai makan di Pekan Gemilang. Kalau tak silap aku nama kedai tu adalah “Warung Kita”. Warung tu dikendalikan oleh seorang lelaki warga emas yang berumur dalam lingkungan 70-an. Pakcik tu menggelarkan diri dia sebagai Pak Taib. Kami semua yang berada didalam kelaparan itu pun mengorder 1 jeinis makanan yang same iaitu Mee Goreng kerana tak mahu menyusahkan Pak Taib yang memasak seorang diri. “ni dia Mee Goreng kamu semua dah siap, jemputlah makan ye” kata Pak Taib. “baiklah Pakcik, Pakcik tak makan sekali ker?” jawab ujang. “eh tak pe, Pakcik baru jer lepas makan, kamu semua ni sebebnarnya daripada mana nak ke mana?” tanya Pak Taib. “kami semua ni sebenarnya daripada Unisza Pakcik, kami hendak pergi ke Pekan Suram untuk menjalankan projek assignment kami” balas Steven. “kalau boleh Pakcik tahu projek assignment yang macam mane tu ye?” Tanya Pak Taib lagi. “Kami ni sebenarnya ingin membuat kajian mengenai sumber manusia, kami dengar orang-orang di Pekan Suram ni tak macam pekan-pekan lain,dengarnya selepas waktu maghrib orang-orang di Pekan Suram tidak keluar dari rumah mereka, sebab itulah kami semua ingin menyelidik dan membuat kajian mengenai penduduk di Pekan Suram tu” terang Kupang. “ooo..macam tu rupanya..ni kamu nak ke Pekan Suram tu kamu dah ada tempat penginapan ke?” tanya Pak Taib. “ha tu pun satu lagi masalah, kitaorang ingat nak tumpang jerk dekat salah sebuah rumah kat pekan tu nanti.” Terang aku. “Pakcik ada sebuah rumah kat hujung pekan tu,dulu anak pakcik pernah tinggal dekat situ, kalau kamu semua tidak kisah kamu semua boleh tinggal dekat situ buat sementara waktu, lagipun rumah tu dah lame tak ada orang duduk” terang Pak Taib. “yeke pakcik, baguslah kalau macam tu,senang sikit hati kita orang, tapi mana anak pakcik pergi”. Tanya Peddu. “Anak pakcik dah dua tahun meninggal dunia akibat sakit jantung berlubang.” Balas Pak Taib yang kelihatan sedih, mungkin terkenangkan arwah anaknya. “maafkan saya pakcik saya tak tahu pulak anak pakcik dah...” belum sempat Peddu menghabiskan ayatnya tibe-tibe Pak Taib menyelah “eh makanlah makan,pakcik ni menganggu kamu semua mkan je kan.” Sampuk  Pak Taib. “eh tak adelah pakcik, kita orang ok je” balas Amy.Hampir satu jam jugaklah kami semua makan di warung Pak Taib tu, kenyang betul perut kami semua sampaikan nak jalan ke kereta pun terasa malas. Kalau nak ikukan tahap kemalasan kita orang nie ha memang lama lagi kita orang duduk dekat warung Pak Taib tu memandangkan Pak Taib pun seorang yang peramah, tetapi memandangkan perjalanan kami masih jauh dan jam pulak dah menunjukkan pukul 3.30 petang kita orang terpaksa membatalkan niat untuk terus duduk di warung Pak Taib dengan lebih lama lagi. Kami pun meneruskan perjalanan kami ke rumah arwah anak Pak Taib di Pekan Suram seperti yang dirancang. Setelah setengah jam kami berada didalam kereta akhirnya kami tiba juga di Pekan Suram. Suasana Pekan Suram pada petang itu tidak sesuram seperti mana namanya, ada juga kelihatan anak-anak muda bermain bola di padang, kanak-kanak menangis menyuruh bapanya membelikan mainan, dan ade juga anak-anak muda yang melepak di tepi jalan.

Kami meneruskan lagi perjalanan kami sehingga ke penghujung jalan untuk pergi ke rumah arwah anak Pak Taib dan tidak aku sangka rumah yang dimaksudkan oleh Pak Taib adelah sebuah Villa, kalau tak silap aku nama Villa itu adelah Villa Syakilla.  Agak besar jugaklah Villa Syakilla tu sehinggakan kami semua tak larat nak meneroka setiap sudut di Villa itu. “wei korang, korang tak rase pelik ker pasal Villa nie?lain macam jerk aku tengok, seram pulak aku dibuatnya” tanya Steven. “dah-dah kau jangan nak merepek-repek,kire bersyukur lah ni ade orang beri kite tumpang rumah dia, tak payah susah-susah nak cari tempat penginapan lagi” jelas Bedark. “aku bukanya ape, korang tak rase pelik ker..yela, anak  Pak Taib tu sorang jerk, tapi tinggal kat dalam Villa yang besar ni..tak sunyi pulak diakan.” Tanya Steven lagi. “mungkin anak dye memang suke rumah besar-besar macam ni kot, eh dah lar jangan nak tanya yang bukan-bukan lagi, penat aku layan kau lah” jawab Bedark. Kami agak teruja ketika meneroka setiap sudut di Villa itu sehingga terlupa hendak memasukkan barang-barang kami yang berada di dalam kereta ke dalam Villa Syakilla itu. Setelah memasukkan barang-barang kami ke dalam Villa itu, kami semua terus tertidur kerana terlalu penat setelah seharian perjalanan kami ke Pekan Suram ini.

          Lena sungguh kita orang semua tidur sampai azan maghrib pun kami tak dengar, jam sudah menunjukan tepat pukul 10 malam. Ketika kami semua sedang sedap-sedap tidur, kami dikejutkan oleh satu jeritan suara dari dalam Villa Syakilla itu, menyebabkan kami semua terjaga. “ wei, korang dengar tak bunyi ape tadi, entah- entah bunyi han...”tanya ujang. “wei dah-dah, kau jangan nak mencarut,jangan nak pikir yang bukan-bukan” Peddu mencelah. “wei-wei Hisham mane wei?” tanye Bedark. “a’ah ek, aku aaru perasan yang dia tak ade” jawab Amy. Kami semua pun segera bangun dan mencari Hisham. “Hisham!!!! Kau kat mane” jerit kami semua. “ Aku kat sinilah, kat dalam bilik air ni ha” jawab Hisham. Kami semua pun segera pergi ke bilik air untuk melihat apa sebenarnya yang terjadi. “ wei Hisham kau ok tak? Ko buat ape dalam bilik air malam-malam nie?” tanya Steven. “Aku oklah..tadi aku terjaga sebab perut aku rase lapar, so aku ingat nak pergi beli makan, tu yang aku mandi” jawab Hisham. “mase kau mandi tadi kau ada dengar orang menjerit tak?” tanya Amy. “mestilah aku dengar, dah aku yang jerit” balas Hisham. “lar yeke, agaknya kau yang jerit, dah kenapa kau jerit?” tanya Peddu. “aku nak mandi shower tadi, tapi aku terbukak shower yang panas pulak, so bile kena badan aku, aku jerit lar...panas ooo” jawab Hisham. Kami semua pun gelakkan Hisham. “yang kau pergi bukak shower yang panas tu kenapa?” tanya aku. “manalah aku tahu” balas Hisham. Kami pun sambung gelakkan Hisham. Setelah puas kami semua gelakkan Hisham kami semua pun bersiap-siap untuk pergi makan. Ternyata suasana Pekan suram pada waktu malam memang suram seperti namanya, jangan katakan batang hidung,, kelibat seorang manusia pun kami tidak nampak pada ketika itu. Oleh kerana warung-warung di pekan suram tidak buka pada waktu malam kami terpaksa pergi ke warung Pak Taib yang kami singgah petang tadi. Setibanya kami di  warung Pak Taib, kami terus mengorder mee goreng buatan Pak Taib, entah mengapa kami rasakan penangan mee goreng Pak Taib jauh berbeza dengan mee goreng-mee goreng yang pernah kami makan, mungkin inilah yang dikatakan penangan masakan daripada orang-orang veteran yang memasak dengan ikhlas. “ Ini dia mee Goreng kamu sudah sampai, jemputlah makan” ujar Pak Taib. “baiklah, terima kasih” balas aku. “ Erm macam mana dengan rumah Arwah anak Pakcik tu? selesa tak kamu semua duduk?” tanya Pak Taib. “Alhamdulillah, lebih daripada selesa pakcik, jangan katekan kami bertujuh, kalau kami bawa satu bas pun insyallah selesa lagi kalau tinggal dekat dalam Villa arwah anak Pakcik tu” jawab Amy. “haha..ade-ade sajelah kamu ni” Pak Taib merendah diri. “ betul Pakcik, besar sangat Villa tu, tak larat saya nak teroka Villa tu petang tadi,hahha” sampuk Peddu. “haha, eh kamu semua makan la dulu, Pakcik ade keje sikit dekat belakang” Pak Taib menyelah. “ha, yelah Pakcik” jawab Peddu. Setelah hampir setengah jam kami berada di warung Pak Taib kami pun memanggil Pak Taib untuk membayar makanan yang telah kami makan tadi. “ Pakcik oo Pakcik, kire makanan nie semuanya berapa ringgit?” tanya Ujang. “ye baiklah” balas Pak Taib. “berapa semuanya Pakcik” tanya Ujang sekali lagi. “ emm semuanya RM 20 sahaja” jawab Pak Taib. “ baiklah, ni dia RM 20 Pakcik”, jelas Ujang. “terima kasih ye kamu semua” jawab Pak Taib. “sama-sama” balas Ujang.

          Perut kami semua pun dah kenyang, so ape lagi, kami semua pun bertolak pulang ke Villa Syakilla untuk merehatkan badan yang tidak cukup rehat ni. Tidak sampai 15 minit kami bertolak dari  warung Pak Taib tayar kereta Amy mengelepur ke tepi jalan dan terbabas sehingga hampir-hampir terlanggar pokok yang berada berhampiran tepi jalan itu. “kenapa ni Amy?” tanya Hisham. “tak tahu lah, rasanya tayar kereta aku ni macam dah bocor jer” Jelas Amy. Kami semua pun segera turun dari kereta. “ish kereta ni, time-time macam nie lar ko nak bocor, tayar spare dah takde pulak tu, kedai pun dah tak bukak” bebel Amy sambil menendang tayar keretanya. “sabar jelah Amy, bende nak jadi nak buat macam mane?” sampuk Steven untuk menenangkan Amy. Amy ni memang jenis yang panas baran kalau barang kesayangan dia hilang atau rosak, kalau ada barang kesayangan dia yang hilang atau rosak
Mulalah dia naik angin tak tentu pasal, kami semua memang dah masak sangat dah dengan perangai dia tu. “habis tu kita nak buat macam mane ni kawan-kawan?” tanya Amy yang dah mula tenang sedikit. “ ermm, ape kate kau tinggal jerk kereta kau ni dekat sini Amy, besok pagi kita cari kedai bengkel kereta suruh dia tarik kereta kau dekat sini” jelas Peddu. “wei kawan-kawan cube tengok nie, aku jumpe banyak paku tekan kat atas jalan ni ha..ni mesty kerja budak-budak nakal lar ni..jahanam” pekik Ujang yang berada 50 meter dari kami. Kami semua pun segera pergi ke arah Ujang. “ cis, celaka punya budak-budak ni, kalau aku dapat dia, tahulah aku nak kerjakan diaorang macam mana, diaorang tak kenal lagi sape aku” marah Amy. “wei dah3, kau nak cari budak tu kat mane, kau jangan cari pasal kite ni kat tempat orang, jage sikit adab tu,lagipun biasa la perangai budak-budak kampung memang macam nie” jelas Bedark. “dah2, Amy kau pergi kunci pintu kereta kau, lepas tu kita balik jalan kaki,kalau ada orang lalu nanti kita tumpang jer dia, hari makin lama makin gelap,bukan makin terang” tambah Hisham. “ha yela” jawab Amy. “Amy nanti kejap, aku nak amek barang aku dulu”  kata Steven. “ha cepat sikit” balas Amy. Selepas itu kami pun meneruskan perjalanan untuk pulang ke Villa Syakilla dengan berjalan kaki. Jauh jugak perjalanan kami nak ke Villa Syakilla tu, penatnye hanya Allah yang tahu. Setelah 10 minit kami berjalan kaki, kami pun tibe di Tanah Perkuburan Islam Kampung Suram dan secara automatik bulu roma kami semua terus naik, ape lagi kami semua pun terus mempercepatkan langkah kami. Kire-kire hampir 1000 meter dari tanah perkuburan itu barulah kami berhenti dan berehat seketika untuk mengambil nafas lega. Hisham pula terus duduk dan bersandar di bawah pokok jawi yang berada disitu, manakala sebahagian daripada kami ada yang duduk dan ada yang berdiri di bibir jalan kerana tidak mahu berada di situ lama2. Setelah lima minit kami semua berehat di situ barulah nafas kami semua berasa lega. “wei korunk jom la gerak, makin lama makin seram pulak aku duduk kat sini” kata Bedark. “btul la,, aku pun rase macam tu” tambah aku. “ ha yela2, wei Hisham kau tunggu ape lagi, cepatlah bangun,  kau nak tido kat sini ker?” jawab Peddu. “hahaha” gelak Hisham sambil mendiamkan diri dan tunduk kebawah. “wei ko ni dah kenapa gelak sorang2,jom lar balik, kitaorang lagi nak cepat ni kau boleh buat-buat lambat pulak,,aisshhh budak nie,” rungut Steven. “hahahaha, nak balik mane” gelak Hisham sekali lagi sambil membuat suara  garau seakan-akan suara orang tua.  “ wei ko ni dah kenape  kupang, kitaorang nak balik Villa Syakilla lar ,kitaorang takde mase la nak layan kau time2 macam ni” tegas Ujang . “aishhh budak ni memang nak kene nie,wei Hisham cepatlah bangun” bentak aku sambil menarik tangan Hisham. “ hehehehhe,kau nak bawak aku balik mane?” kali ini Hisham pula yang  mengenggang tangan aku sambil memandang tepat ke dalam mata aku dengan warna matanya yang telah bertukar menjadi kemerah-merahan. Aku cube sedaya upaya melepaskan tangannya yang digenggan erat oleh Hisham. “ wei korang tolong aku” jerit aku. Diaorang  semua pun memegang Hisham beramai-ramai dan akhirnya tangan aku berjaya dilepaskan. Hisham meronta-ronta untuk melepaskan diri. “ aku rase budak ni dah kene sampuk ni, korang semua pegang dia kuat-kuat jangan sampai terlepas, aku akan panggilkan Tok Imam, lagipun kita dah tak berapa jauh dari Kampung Suram nie.”  Jelas aku yang masih dalam terperanjat. “baiklah” jawab Peddu. “ Steven kau ikut aku ok” Jelas aku lagi. “ yelah” jawab Steven.
     
     Aku dan Steven pun segera berlari untuk mencari Tok Imam. “ wei kecik kita nak cari Tok Imam dekat mana time-time macam ni? rumah Tok Imam bukanya kita tahu pun.” Tanya Steven. “tak apa, kita Cari dulu dekat masjid, kalau kita tak jumpe Tok imam kita tanya orang kampung” jelas Aku. “nak tanya orang kampung macam mane, diaorang kan tak keluar rumah lepas waktu maghrib” tanya Steven lagi. “ape kebanggang la ko ni, kite pergi ke rumah diaorang, tu pun nak kene ajar ker” ujar Aku. “hee..ok ok” balas Steven. Aku dan Steven pun segera pergi ke masjid untuk mencari Tok Imam. Mujurlah Tok Imam masih berada di dalam masjid kerana malam itu Tok imam berkiamulail. “Asalamualaikum Tok Imam”  aku memberi salam kepada Tok Imam yang sedang berkiamulail. “ Waalaikumusalam, ye ade ape nak?” tanya Tok Imam kepada aku. “macam ni Tok, rasenya kawan kami ni dah kene rasuk, boleh tak Tok tolong ubatkan dia..” jelas aku. “masyallah, dekat mana kawan kamu tu? insyallah kalau aku boleh tolong aku akan tolong.” Jelas Tok Imam. “kawan kami ada dekat bawah pokok jawi yang terletak kira-kira 15 minit dari sini Tok” jelas aku kepada Tok Imam. “eh jauh tu, habis tu kamu ke sini naik ape?aku tak dengar pun bunyi kereta atau moto tadi” tanya Tok Imam. “kami berlari dari sana tok,kereta kami rosak dekat-dekat dengan tanah perkuburan tu” jelas Steven. “ lar yekew,eh kalau macam tu cepatlah kita ke sana, naik van aku jer” jelas Tok Iman. “ ha yela tok” jawab aku mengiyakan kata Tok Imam. Setibanya kami disitu, aku melihat Hisham masih lagi dipegang erat oleh rakan-rakan aku yang lain dan belum sempat kami membuka pintu van aku melihat Hisham menggigit tangan Peddu dan menyebabkan Hisham terlepas daripada ikatan rakan-rakanku, Hisham terus melarikan diri seolah-olah dia tahu yang kami membawa Tok Imam bersama kami. Aku pun terus bergegas berlari untuk mengejar Hisham manakala Steven dan Tok Imam pula megekori Hisham dengan menaiki van. “wei korang jom ikut aku kejar Hisham” jelas aku. Aku dan rakan-rakan yang lain pun mengejar Hisham  sehingga ke tanah perkuburan Islam yang kami lalu sebenatar tadi. Setibanya di tanah perkuburan itu, aku melihat Hisham duduk betul-betul di atas kubur seseorang sambil menangis tersedu-sedu. “kamu semua ikut aku kedalam, tolong aku pegang kawan kamu tu, jangan takut, aku ade dengan korang semua” jelas Tok Imam kepada kami semua. “baiklah Tok” jawab kami semua. “tapi ingat satu perkara ni, kalau kamu nampak ape-ape jangan tegur” tegas Tok Imam. Kami semua hanya mendiamkan diri dengan mengiyakan kata-kata Tok Imam. Inilah first time kami semua masuk kubur pada waktu malam-malam macam nie. Aku lihat Hisham menyangkung dan merenung tepat kedalam mata Tok Imam seolah-olah mahu diajak berlawan dengan Tok imam. Tok Imam mula membaca ayat-ayat suci Al-Quran untuk mengeluarkan bende yang merasuk kawan kami. “ha kamu semua, cepat pegang kawan kamu tu,bawa dia ketempat lapang” jerit Tok Imam sambil membaca ayat- ayat suci Al-Quran. Tanpa membuang masa kami semua pun terus memegang Hisham seerat yang boleh dan membawa dia ke tempat yang lapang seperti mana yang disuruh oleh Tok Imam. Selepas itu mulalah sesi soal jawab antara Tok Imam dengan Hisham. “siapakah nama kau, kenapa kau ganggu budak nie?” tanya Tok Imam. “nama aku Kutek, aku rasuk budak ni sebab dia dah bunuh anak aku” jelas Kutek iaitu  makhluk yang berada didalam badan Hisham sambil menangis. “bile mase pulak dia bunuh anak kau?” tanya Tok Imam lagi. “ baru sekejap tadi, budak ni telah duduk di atas anak aku yang baru lahir  yang aku letakkan di bawah pokok tu, aku tak boleh nak maafkan budak nie” jawab kutek. “itu salah kau, siapa suruh kau letak anak kau merata-rata tempat” jelas Tok Imam. “wei bongok, pokok jawi tu rumah aku, sukahati aku lah aku nak letak anak aku dekat mana pun” jawab Kutek. “Dah-dah, sekarang ni budak ni tak bersalah, dia bukanya tahu pokok tu rumah kau, sekarang ni kau nak keluar ke tak nak?” tanya Tok Imam. “ tak nak” jawab Kutek. “owh kau degil ye, baiklah kalau kau tak nak keluar daripada badan budak ni aku bakar kau hidup-hidup” gertak Tok Imam sambil melaungkan kalimah Allahuakbar. “arghhh...panas...panas...tolong” jerit Kutek. “owh tahu sakit..baik kau keluar sekarang kalau tak lagi teruk kau kene nanti” Tok imam menggertak lagi. “arghhh...baik...baiklah..aaa...aa..aku keluar sekarang” Jelas Kutek. “ha bagus, keluar cepat” pinta Tok Imam. Selepas itu, Hisham terus pengsan dan tidak sedar kan diri. “alhamdulillah, syukurlah kawan kamu tidak ade apa-apa.” Tok Imam menarik nafas lega. “alhamdulillah, terima kasih tok” ucap aku. “sama-sama...” ucap Tok Imam. Selepas itu kami pun mengangkat Hisham dan membawanya masuk ke dalam van Tok Imam.
         
          Setelah itu, Tok Imam lar yang menghantarkan kami pulang. Sebelum Tok Imam menghantar kami pulang Tok Imam membawa kami semua ke masjid untuk mengambil barang-barangnye yang tertinggal di dalam masjid. “Hermmmm...kelihatanya kamu semua nie seperti orang luar, ape yang kamu semua buat kat dalam kampung nie, kamu tahu tak kampung nie keras,semua orang kampung tak berani keluar rumah selepas waktu maghrib,banyak perkara yang tak diigini berlaku jika diaorang keluar rumah selepas waktu maghrib.” Tok Imam bersuara. “sebenarnya tok kami semua datang ke sini sebab ingin membuat assignment kami tok,kami tahu yang penduduk di kampung ini tidak keluar rumah pada waktu maghrib dan sebab itulah kami tertarik untuk menyiasat apa puncanya” terang Bedark. Tiba-tiba Tok Imam memberhentikan Van dan memandang tepat ke muka kami semua. “ kamu ingat perkara ni perkara yang kamu boleh buat main-main ker? Kamu tak tahu asal usul kampung ni, jadi kamu tak boleh suke-suke jerk nak buat assignment ke penyiasatan ke ape ke kat dalam kampung ni tanpa mendapat izin daripada orang kampung nie.” Marah Tok Imam. Kami semua hanya mendiamkan diri. “dah-dah,esok pagi-pagi bute aku nak korang semua tinggalkan kampung ni, paham!! Habis tu kamu semua menginap dekat mana sekarang nie” tanya Tok Imam. “kami semua menginap di Villa Syakilla yang terletak di hujung kampung nie Tok” jawab aku. “ape?macam mane kamu boleh masuk ke situ? Mane kamu dapat kunci untuk masuk ke Villa Syakilla tu?” tanya Tok Imam Lagi. “kami dapat daripada Pak Taib tok” jelas Amy. “ ape? Pak Taib? Biar betul kamu ni? Pak Taib yang kamu maksudkan nie Pak Taib yang selalu memakai kopiah tu ker?” tanya Tok Imam untuk mendapatkan kepastian. “a’ah, kenapa tok?” tanya Bedark. “kamu tahu tak yang Pak Taib tu dah 2 tahun meninggal dunia, kat dalam Villa Syakilla tu jugak lah dye mati kena bunuh. Dan disebabkan Villa tu la orang kampung takut nak keluar malam selepas waktu maghrib.” Jelas Tok Imam. “ habis tu sape yang bagi kitaorang makan dekat  Warung Kita petang dengan malam tadi?” tanya Ujang. “dah memang sah dah korang semua nie kene ganggu dari awal lagi” jelas Tok Imam. “habis tu mee yang kita orang makan tadi tu...” belum sempat aku menghabiskan ayat kami semua terus termuntah di perkarangan masjid. “ dah-dah, malam nie kamu semua tidur jerk kat dalam masjid nie..biar aku yang temankan korang,besok pagi-pagi kamu pergi ambil barang kamu dan keluar dari kampung nie” tegas Tok Imam. Kami semua pun masuk ke dalam masjid untuk merehatkan diri sambil ditemani oleh Tok Imam.
         
         “erm...tapi Tok ape kene mengene Villa Syakilla tu dengan orang kampung takut nak keluar malam?boleh Tok ceritakan sikit” tanya aku yang inginkan kepastian. “macam nie ceritanya...kalau kamu semua nak tahu, Villa Syakilla tu banyak sejarahnya yang orang luar tak tahu. Sebenarnya tapak Villa Syakilla tu pada asalnya adalah tempat tanah Perkuburan Cina, dan pada tahun 1993 telah datang seorang ahli perniagaan yang kaya raya mendirikan sebuah Villa di atas tanah perkuburan jepun tu, orang itu adalah arwah Taib. Taib memang seorang yang baik hati serta dermawan, dia tidak pernah meninggalkan solat,bahkan selalu berjemaah bersama-sama kami didalam masjid ni.Ketika mendirikan Villa disitu Taib baru sahaja mendirikan rumah tangga selama 7 tahun dan mempunyai seorang anak perempuan bernama Nabila yang berumur 6 tahun.Namun begitu, sekali pun kami tidak pernah melihat wajah isteri dan anak Taib Kami pernah memberi amaran kepada Taib supaya mencari tapak lain untuk mendirikan Villa Syakilla tu, tetapi Taib tetap berdegil diri. Katanya tapak disitu sangat sesuai untuk mendirikan Villa Syakilla kerana pemandangannya yang cantik dan suasana yang tenang, lagipun dia telah membeli tanah disitu, jadi kami tidak mampu untuk membuat ape-ape. Pembinaan Villa Syakilla itu mengambil masa selama 1 tahun, setelah siapnya Villa Syakilla itu mulalah berlaku perkara-perkara yang tidak diingini di kampung ni. Hampir setiap malam ada sahaja penduduk kampung yang diganggu, katanya mereka sering diganggu oleh bunyi-bunyi orang menjerit, kanak-kanak menangis,dan juga bunyi orang meminta tolong sambil marayau-rayau seluruh kampung, bagi untuk mendapatkan kepastian mengenai masalah ini, kami semua telah bersepakat untuk menanyakan perkara ini kepada Taib sama ada dia pernah diganggu ataupun tidak. Tetapi menurut Taib semenjak dia tinggal disitu tiada ape-ape perkara yang aneh pun berlaku terhadap keluarga mereka. Tetapi kami semua tidak mempercayainya, kerana misteri suara perempuan menangis meminta tolong di  Villa Syakilla itu sudah menjadi buah mulut orang kampung masakan Taib tidak mengetahui ape-ape. Oleh itu kami semua telah mendapat kata sepakat untuk mengintai ape sebenarnya yang terjadi di dalam Villa itu. Nabil dan Qayyum telah menjadi sukarelawan untuk menjadi pengintai di Villa Syakilla tu, mereka berdua memang seorang yang agak berani. Tepat jam 12.00 malam pada hari tu Nabil dan Qayyum pun pergi mengintai di Villa Syakilla. Mereka telah tunggu disitu lebih kurang 3 jam tetapi masih tiada apa-apa yang berlaku, pengintipan mereka pada malam itu adalah sia-sia dan hanya ditemani oleh nyamuk-nyamuk yang berkeliaran, tetapi itu semua tidak mematahkan semangat mereka untuk terus mengintip apa sebenarnya yang terjadi kerana sebelum Villa Syakilla itu dibina tiada pula penduduk kampung yang diganggu seperti ini. Pada keesokkan harinya Qayyum dan Nabil sekali lagi pergi mengintip di Villa Syakilla tu, malam tu suasana terasa lain sangat, angin bertiup sepoi-sepoi bahasa menandakan hujan akan turun pada bile-bile masa dan pada mase yang sama turut juga terdengar bunyi burung hantu dan sesekali terdengar seperti bunyi serigala, tetapi itu semua tidak memtahkan semangat Qayyum dan Nabil untuk membongkarkan rahsia Villa Syakilla tu. sedang Qayyum dan Nabil leka memerhatikan Villa Syakilla itu, tibe-tibe bahu Nabil dan Qayyum dipegang seseorang, “bang, abang ada nampak anak saya tak bang” kedengaran satu suara yang agak menyeramkan. Qayyum dan Nabil terus melarikan diri tanpa menoleh kebelakang. Pada keesokan harinya Nabil dan Qayyum terus demam panas selama seminggu dan sejak dari peristiwa itu mereka tidak lagi mengintip di Villa Syakilla tu. Sejak daripada waktu itu, kelibat Taib dan keluarganya tidak lagi kelihatan di kampung ini.

         Kalau tak silap tok pada 31/05/1995 pagi tu tok berada di perkarangan masjid untuk membersihkan kawasan masjid, tibe-tibe tok dengar ada satu suara yang datang daripada luar kawasan masjid. “ Assalamualaikum..” Naziha memberi salam. “Waalaikumusalam..ye nak ada ape yang boleh pakcik bantu” jawab Tok sambil berjalan ke luar masjid. Sesampainya Imam disitu  Imam terus menutup hidung, dan alangkah terkejutnya Tok  apabila tok mendapati rupa perempuan yang memberi salam tadi amat mengerikan, seluruh tubuh badannya dipenuhi dengan kudis dan bisul serta baunya yang seperti bau bangkai.. “Masyallah, kenapa dengan kamu ni nak” tanya Tok. “Tok Imam tolong saya tok imam..badan saya sakit dan gatal-gatal tok imam, apa yang saya nak buat nie tok imam? Semakin saya garu, makin gatal badan saya dan bisul pula banyak  yang timbul” rayu Naziha sambil menangis teresak-esak. “janganlah kamu merayu kepada aku sesungguhnya aku hanyalah insan yang lemah, oleh itu bertaubatlah kamu dan memohon ampun la kepada- Nya sesungguhnya Allah itu maha pemurah lagi maha pengampun kerana setiap apa yang berlaku di atas muka bumi ini adalah dengan kehendaknya... Kamu tinggal dimana?mari sini saya hantarkan kamu pulang” tanya Tok Imam yang bersimpati ke atas nasib Naziha. “ Rumah saya ada dekat hujung kampung nie Tok Imam” jawab Naziha. “ maksud kamu, kamu tinggal di Villa Syakilla tu..owh maknanya  kamu ni isteri si Taib la ye.. Mane si Taibnya?dia tak jaga kamu ker?” tanya tok Imam lagi. “ bukan Tok Imam, saya ni adalah perempuan simpanan abang Taib” jawab Naziha. “ish kamu nie, tak baik kamu membuat fitnah, kamu tahu tak dosa menfitnah orang itu adalah lebih besar daripada membunuh orang, takkanlah Taib yang baik tu ada perempuan simpanan” jelas aku.  “Saya tak tipu Tok Imam, saya ni memang perempuan simpanan abang Taib” jelas Naziha. “masyallah Taib, talam dua muka kamu ni rupanye ye, sembahyang tak pernah tinggal, tetapi ada perempuan simpanan. Macam mana badan kamu boleh jadi macam ni” tanya aku. “saya pun tak tahulah Tok Imam, mungkin ini balasan Allah kepada saya dan abang Taib agaknya.” Jelas Naziha. “Balasan? Maksud kamu? Tak faham lar saya.” Tanya aku. “ macam ni Tok imam, sebenarya saya dan abang Taib telah bercinta sejak dari bangku sekolah lagi dan telah pun mempunyai perancangan untuk berkahwin, tetapi saya terpaksa membatalkan niat itu buat sementara waktu dan membenarkan abang Taib berkahwin dengan perempuan lain dahulu demi untuk mendirikan Villa Syakilla tu.” jelas Naziha. “demi Villa Syakilla?maksud kamu?”tanya aku lagi. “macam ni, seperti mana yang Tok Imam tahu kawasan di Villa Syakilla tu agak keras kerana ia adelah bekas tapak Perkuburan Cina, dan disebabkan itu saya dan abang Taib telah membuat perjanjian dengan Hantu cina di situ dengan menjamu mereka tubuh wanita berusia 20-an untuk dijadikan korban pada setiap tahun setelah Villa Syakilla itu siap dibina sepenuhnya. Jadi saya pun menyuruh abang Taib berkahwin dengan seorang perempuan muda yang bernama Syakilla untuk dijadikan korban kepada hantu cina tersebut . Untuk menjadikan Syakilla korban kepada hantu-hantu tu, abang Taib haruslah membunuh Syakilla dengan tangannya sendiri dan dibantu oleh saya. “bile kita boleh mulakan upacara ni bang” tanya Naziha kepada Taib. “tepat jam 12.00 malam kita mulakan ok.” Jelas Taib. “baiklah bang, tapi bagus juga tindakan abang untuk gunekan minyak dagu kepada si Syakilla tu.” tambah Naziha. “haha...ni semua pun idea awak juga, dan disebabkan idea nie jgak lah kite terpaksa tangguh kahwin” terang  Taib. “haha nak buat macam manakan, kite kene mencari mangsa untuk dijadikan kambing hitam kita supaya kita dapat buat Villa ni dekat sini,lagipun tanah ni kalau kite jual pada masa akan datang kaya kita bang, sebab tempat ni memang sesuai sangat kalau nak dijadikan tempat perlancongan,cuba abang bayangkan 10 atau 20 tahun akan datang kalau tempat ni dibangunkan, kaya kita bang.” Jelas Naziha. “haha..awak kalau bab-bab macam ni memang pandai.” Ujar Taib. “hee...nanti lepas kita dah korbankan dia, saya nak abang tukar nama Villa Syakilla ni kepada Villa Naziha” tegas Naziha. “baiklah sayang” Taib cube bermanje. “hehe...eh dah lar bang, jam dah tepat pukul 12.00 nie, cepatlah panggil si Syakilla tu” jelas Naziha. “haaa yelah” Taib mengiyakan. “Killa ooo Killa meh sini jap” panggil Taib. Isterinya hanya menurut katanya sepeti orang bodoh tanpa membantah sepatah ayat pun.” Terang Naziha. Selepas itu abang Taib dan saya pun memulakan upacara menjamu hantu-hantu  tu dengan membaca jampi serapah yang sepatutnya. “Setahun selepas tu boleh dikatakan hampir setiap malam kami diganggu oleh hantu-hantu tu kerana kami tidak dapat membawakanya habuan seperti mana  yang dia mahukan, sekarang ni abang Taib ada di dalam Villa tu, dia dah seminggu nazak Tok Imam, apa yang patut saya buat Tok Imam, bingung saya dibuatnya.” jelas Naziha. “astaghfirullah, patutlah aku dah lame tak nampak dia di kampung ni. Erm tak pelah, marilah aku hantar kamu pulang dulu”  ajak Tok Imam.

          Sesampainya aku di Villa tu, bau bangkai terus menusuk kadalam hidung aku. “erm Naziha sampai disini sajelah aku hantarkan kamu ye, tak tahan akau baunya busuk sangat” terang aku. “ Tok janganlah macam ni Tok, kalau ye pun lihatlah lah keadaan abang Taib dulu Tok, sekejap pun jadilah” rayu Naziha sambil menangis. “erm...yela-yela, tapi sekejap je tau.” Aku mengiyakan katanya kerana tidak sampai hati. kami pun terus memasuki ke dalam Villa Syakilla dan terus menuju ke bilik dimana Taib terlantar. “masyallah Taib, apa yang dah jadi dengan kamu nie”. Tak sanggup rasanya aku nak melihat keadaan Taib yang tengah nazak tu, badanya mengigil-gigil dan kepalanya mendongak ke atas seolah-olah nyawanya tidak boleh dicabut dan tersangkut di  tengah-tengah halkumnya. “Naziha aku mintak diri dulu la ye, insyallah kalau takde ape-ape aku akan pangilkan orang kampung untuk membaca yaasin untuk si Taib ni supaya dia dapat pergi dengan aman dan tenang.” Jelas aku. “baiklah Tok Imam” balas Naziha. “dan jangan lupe  berdoa memohon ampun daripadanya” pesan aku. Malam tu aku dan beberapa orang kampung pergi ke Villa Syakilla itu untuk membacakan yaasin kepada Taib. Baru sahaja kami sampai ke pintu pagar Villa Syakilla tu dua orang daripada kami meminta izin untuk pulang kerana tidak tahan dengan bau busuk. Aku pun membenarkan mereka pulang kerana masih ada lagi lebih kurang lima orang termasuk aku untuk membacakan yaasin tetapi malangnya kami semua tidak dapat bertahan lama, baru lima minit kami semua membacakan yaasin kami semua terus berlari ke luar Villa dan terus termuntah kerana tidak tahan dengan bau busuk yang seperti bangkai itu lalu kami pun meminta izin untuk pulang ke rumah.
Pada keesokan harinya aku diberitahu oleh orang kampung yang Naziha dan Taib telah pun meninggal dunia. Katanya, mayat Naziha ditemui dalam keadaan yang tragis dimana kepalanya pecah akibat jatuh daripada tingkat dua Villa itu dan mayat Taib pula ditemui di atas katil dengan mata terbeliak dan mulut ternganga. Sebagai umat islam dan Imam kampung ni memang menjadi tanggungjawab aku untuk mengebumikan mereka berdua. Setelah jenazah Taib dan Naziha dimandikan, dikafankan dan disembahyangkan jenazah mereka dibawa ke Tanah Perkuburan Islam kampung Suram. Setibanya di kawasan perkuburan, aku diberitahu bahawa kubur yang digali dipenuhi air dan ular yang berbisa walaupun telah banyak kali lubang kubur ditukar. Setelah aku membaca doa memohon keampunan bagi si mati barulah lubang kubur itu boleh digunakan. Setelah selesai semuanya kami semua pun pulang ke rumah masing-masing, baru lima langkah kami bergerak dari kubur Taib dan Naziha kami dengar bunyi orang menjerit kesakitan meminta tolong. Sejak hari aku jumpe Naziha di masjid hari tu aku tak pernah nampak dan tahu pun Nabila berada di mana dan sekarang ni Nabila menghilangkan diri entah kemana, tiada seorang pun yang tahu.Kami semua hanya mampu beserah dan menjadikan kisah mereka sebagai tauladan. Begitulah ceritanya.” Terang Tok Imam panjang lebar. “tapi tok kenapa penduduk kampung disini tak berpindah ke tempat lain jerk kalau mereka sering diganggu?” tanya aku. “penduduk kampung disini tak mahu meninggalkan kampung ni kerana kebanyakkan rumah disini adalah rumah pusaka turun temurun daripada ahli keluarga mereka..sebab tulah mereka tak mahu tinggalkan kampung ni” terang Tok Imam lagi. “owh macam tu rupanya” jawab aku.“kenapa tok tak halau jerk hantu-hantu tu macam to halau hantu yang merasuk kawan kami tadi tu” tanya Ujang. “ tak semudah itu untuk aku menghalau hantu tu macam tu sahaja. Masih banyak lagi yang perlu aku pelajari dalam ilmu ghaib ini” jelas Tok Imam. “habis tu takkan tok nak biarkan semua penduduk kampung disini terus hidup dalam ketakutan” jelas Steven. “itulah yang aku sedang fikirkan.” Jawab Tok Imam. “ha tok, apa kata kami bawa ustaz kami dari Unisza tu kemari untuk tolong tok pulihkan kampung ni agar kembali aman semula, uataz kami tu memang mahir dalam ilmu-ilmu ghaib nie, dah banyak tempat yang dia pergi untuk mengubatkan orang.” Jelas aku. “boleh ke nie? Tak menganggu ustaz kamu ker?” tanya Tok Imam. “ala Tok jangan risau lar, insyallah ustaz kami dapat tolong.” Jelas aku. Pagi tu kami pun terus ke Villa Syakilla untuk mengambil barang-barang kami dan pulang ke Unisza. Dalam perjalanan pulang ke Unisza kami lihat Warung Kita iaitu Warung Pak Taib memang tak wujud, meremang jugaklah bulu roma aku bile fikirkan balik apa yang dah berlaku.

        Setibanya kami di Unisza kami pun terus pergi kerumah Ustaz Ali dan menceritakan kepadanya mengenai misteri Villa Syakilla yang menganggu penduduk kampung. Setelah hampir satu jam kami bercerita akhirnya Ustaz Ali memeberikan kata putus untuk membantu penduduk kampung itu.Seminggu selepas itu, kami pun kembali ke Kampung Suram sambil membawa ustaz Ali  bagi memulihkan kampung itu. Seperti biasa tempat yang paling mudah untuk kami mencari Tok Imam adalah di masjid, so kami semua pun terus sahaja membawa Ustaz Ali  kemasjid untuk bertemu dengan Tok Imam. “Asalamualaikum...Tok owh tok...”. “Waalaikumusalam...owh kamu semua rupanya. Marilah masuk kedalam masjid ni dulu.” Ajak Tok Imam. “baiklah tok”. “ha tok ni lar dia ustaz yang kami janjikan nak bawa untuk pulihkan kampung ni hari tu, namanya Ustaz Ali” kata aku. “owh..mcam mane ustaz? Boleh ke ustaz tolong pulihkan kampung ni?” tanya tok Imam. “insyallah, saya akan cube buat yang terbaik untuk pulihkan kampung ni, sama-samalah kita berdoa memohan pertolongan daripada-Nya.” Jawab Ustaz Ali dengan tenang. “Alhamdulillah, baguslah kalau macam tu, kire-kire bile kita boleh mulakan ni ustaz?” tanya Tok Imam. “malam nie pun boleh, lagi cepat lagi bagus” jawab Ustaz Ali. Sementara menunggu waktu malam kami semua pun berehat di dalam masjid secukup-cukupnya. Akhirnya malam pun menjelang, sekarang telah pun menunjukkan tepat jam 12.00 malam, kami bersama-sama Tok Imam pun memulakan pencarian hantu yang dikatakan sering merayau-rayau di dalam kampung ni, tempat pertama yang kami pergi adalah di kawasan perkuburan.  Setibanya kami di tanah perkuburan, “kau tahu tak dimana nak cari hantu perempuan yang sering merayau-rayau di kampung ni sambil menangis mencari anknya dengan membawa batu nisan?”  kedengaran suara Ustaz Ali bercakap seorang diri di pintu masuk kawasan perkuburan, pada masa itu kami semua telah pun berada di dalam kawasan perkuburan. “tok...owh tok, ustaz kami tu bercakap dengan siapa tok” tanya Peddu. “ dia tengah tanya bercakap dengan hantu yang berada di atas pagar tu ha” jawab Tok Imam. Tibe-tibe bulu roma kami semua terus menegak. Lima minit kemudian Ustaz Ali pun datang kepada kami. “nampaknya hantu tu takde dekat sini, bende tu ckap benda yang kita cari tu sering merayau-rayau di kawasan kampung  dan di kawasan Villa tu.”  jelas Ustaz Ali. “kalau macam tu kite terus pergi ke Villa tu jelah ye Ustaz” jawab Tok Imam. “baiklah, ha yang kamu tu buat ape kat belakang budak-budak ni?nak cari pasal dengan aku?” tanya Ustaz kepada Bende yang kami sendiri tak nampak. Kami pun ape lagi teruslah melarikan diri dan menyorok di belakang Ustaz. “dah-dah kamu semua jangan takut lagi, bende tu dah pergi dah.” Kata Ustaz. Selepas itu kami pun meneruskan perjalanan kami ke Villa Syakilla. Dalam perjalanan ke sana, tibe-tibe kami semua terdengar bunyi perempuan meminta tolong sambil menangis, “dik tolong carikan anak akak dik” bunyinya menyeramkan. “bunyi ape tu ustaz” tanya Kupang. “takpe-takpe, kamu semua jangan risau, mungkin nilah bende yang kite dok cari-cari tu.” jawab Ustaz. “keluar kamu” jerit ustaz memaksa hantu tu untuk keluar. Selepas itu kelihatan kelibat hantu perempuan berambut panjang menangis teresak-esak sambil memeluk batu nisan keluar di sebalik pokok Jawi yang berdekatan. “ha keluar pun kamu, sape name kamu?”tanya ustaz. “syakilla” jawabnya ringkas. “ kenapa dengan kamu nie dah takde keje lain ke dok merayau-rayau dalam kampung ni sampai semua orang kampung takut nak keluar rumah pada waktu malam, ape yang kamu cari sebenarya ni” tanya Ustaz Ali lagi. “tolong kebumikan saya pak ustaz,dan tolong carikan anak saya, dah lame saya terpisah dengan anak saya, roh saya tak tenteram selagi saya tak berjumpa dengan anak saya.” Rayunya. “Kebumikan kamu?dimana saya hendak cari jasad kamu” belum sempat ustaz menanyakan dengan lebih terperinci lagi kelibat hantu tu pun terus ghaib. “Ustaz, saya rasa saya tahu di mane jasadnya, kerana dulu  ade seorang perempuan memberitahu saya bahawa si Syakilla ni mati dibunuh kerana dijadikan korban kepada Hantu-hantu cina disini, mungkin jasadnya masih berada didalam Villa Syakilla tu.” sapa Tok Imam. “baiklah,..tapi dimana pula kita hendak mencari anaknya?” tanya ustaz lagi. “mungkin anaknya juga masih ada lagi didalam Villa Syakilla tu kerana kami sering mendengar bunyi kanak-kanak menangis dari Villa tu.” jawab Tok Imam. “tapi tok, semasa kami tinggal disana,takde pula kami lihat kelibat kanak-kanak berada disitu.” Sapa Ujang. “mungkin dia menyorok kerana takutkan kamu semua agaknya” jawab Tok Imam. “baiklah kalau macam tu mari kita masuk kedalam Villa tu dan mencari jasad si Syakilla ni” ajak ustaz.

          Sesampainya kami disana, kami terus memulakan aktiviti mencari dimana mayat Syakilla dikorbankan. Puas kami pusing satu Villa tu, tetapi mayat Syakilla masih juga tidak ditemui. “macam mane ni ustaz, satu ape pun kita tak jumpe dekat dalam nie.” Tanya Tok Imam. “takpe jangan risau, insyallah Allah akan membantu kita” jawab Ustaz. Tak lama kemudian kami tedengar bunyi suara kanak-kanak menangis didalam sebuah bilik. Bilik tu berada di  penjuru Villa ni.  “ustaz nampaknya suara tu macam datang dari arah bilik tu je ustaz”  yakin Tok Imam. “tapi Tok kami semua dah periksa kat dalam bilik tu tadi, tapi takde ape-ape pun didalamnya selain perabot yang dah usang” sampuk Amy. “takpe-takpe kita periksa sekali lagi” balas Ustaz Ali. Tanpa membuang masa kami pun segera menuju ke arah bilik tersebut, dan seperti yang dah dijangka didalam bilik itu memang tiada ape-ape dan sesiapa. Jadi kami pun membuat keputusan untuk mencari suara tersebut di bilik yang lain. “nanti dulu, cube kamu semua dengar betul-betul, rasenya suara tu macam datang daripada belakang almari ni.” Kupang bersuara. Setelah kami semua amati betul-betul, suara itu memang datang daripada belakang almari tu. “yelah, cube kamu semua alihkan almari ni kesana” arah Ustaz. Kami pun segera mengalihkan almari tersebut ke tempat lain, dan ternyata di belakang almari tersebut terdapat sebuah bilik rahsia, kami pun segera masuk kedalam bilik itu dan kelihatanya bilik itu seperti bilik pemujaan, kerana terdapat serpihan tengkorak yang diletakkan di tengah-tengah bilik itu, mungkin disinilah tempat Pak Taib memuja dan membunuh Syakilla untuk menjamu hantu-hantu tu.  Suara tangisan kanak-kanak yang kami dengar tadi menjadi semakin kuat, ini menunjukkan kami berada di tempat yang betul, tetapi malangnya kanak-kanak itu tidak juga kami jumpa sebaliknya mayat Syakilla yang kami jumpa. Setelah itu, kami pun membuat keputusan untuk membawa tengkorak Syakilla keluar daripada bilik itu untuk disemadikan, belum sempat kami nak mengangkat  serpihan tengkorak itu, tibe-tibe kedengaran satu suara, “ ustaz, janganlah bawa mak saya pergi ustaz”, dan secara tak langsung munculah kelibat seorang kanak-kanak di depan Ustaz Ali. Ternyata ustaz Ali tidak gentar sama sekali, “tengkorak ni mak kamu ke nak” tanya ustaz dengan tenang. “ ya ustaz,” jawabnya. “siapa nama kamu?” tanya ustaz lagi. “Nabila Ustaz”.jawabnya lagi. “nak, saya terpaksa bawa ibu kamu pergi untuk disemadikan agar roh nya tenteram dan tidak menganggu penduduk kampung lagi” terang ustaz.  “kalau begitu ustaz semadikanlah jasad saya sekali ustaz” jawabnya. “ Dimanakah jasad kamu?puas saya mencari di dalam Villa ini tetapi tidak jumpe ape-ape.” Tanya ustaz. “jasad saya ada di dalam Villa ni juga Ustaz, mereka tanam saya hidup-hidup di dalam Villa nie.”terangnya. “mereka?siapa mereka, dan di mana jasad kamu ditanam? Tanya ustaz. “ saya dibunuh oleh ibu tiri dan ayah kandung saya kerana mereka tidak dapat menjadikan saya mangsa korban untuk hantu-hantu diorang tu seperti mana yang telah mereka lakukan kepada mak saya. Disebabkan itu, mereka telah menyiksa saya dan akhirnya menanam saya hidup-hidup di sebalik dinding bilik utama Villa ni ustaz, mereka memang kejam.” terangnya sambil menangis. “sudahlah, janganlah kamu menangis dan menganggu orang kampung disini lagi, aku berjanji akan mencari jasad kamu dan menyemadikan kamu bersama-sama ibu kamu.” Balas ustaz Ali dan kelibat budak itu terus menghilang sedikit demi sedikit dengan wajah yang tersenyum riang. Selepas itu kami pun terus mencari  jasad budak itu dan menyemadikan mereka pada keesokkan harinya. Setelah tiu, Kampung Suram pun menjadi aman damai seperti sedia kala, tiada lagi penduduk kampung yang takut hendak keluar malam.

SEKIAN TERIMA KASIH!!!

SAMBUNGAN TOK CERITA FEFE..




SELEPAS ITU KAMI(BOYS) SEMUA BERPECAH PERGI CARI HOTEL YANG PALING MURAH SEKALI TOK KITORUNK MENGINAP..FIRST HOTEL YANG KITORUNK PERGI TU HRGANYA RM180 FOR 1 NIGHT.. SELEPAS PUSING PUNYE PUSING MENCARI HOTEL BAJET(DENGAN HARGA YANG TAK MAMPU KITORUNK NAK BYO) AKHIRNYA KITORUNK JUMPE GAK HOTEL BAJET YANG MURAH IAITU HOTEL MESRA DIMANA HARGANYA 110/WEEKDAY..OK LAH UNTUK KITORUNK BERTUJUH TIDO KAT DALAM TU..ADE SATU SINGLE BED N 1 QUUEN BED...SIAP ADE TV,WIRELESS N AIRCOND LAGI KOT..MEMANG TERBAIK LAR...MASUK2 JEK KAT DALAM BILIK TU AKU TERUS ON9..TP SAYNGNYA BETERI KU X THAN LAMA COZ DAH KONG..DAH UR CHARGER X BAWAK..T-T....TAPI YANG X LEY BLAH DALAM RAMAI2 TU FAUZAN UR YANG TIDO PLING AWAL..HAHA...LPAS TU AMY,AFIQ N BEDARK KLUA G MCD BELI MKANAN COZ KITORUNK LAPAR LAGI MASE TU..LPAS MKAN BURGER KITORUNK TERUS TIDO TAK INGAT DUNIA..AMEK KAU PKUL 11 BRU BNGUN..LPAS TU PKUL 12 KITORUNK CHECKOUT DARI HOTEL TU...


TENGAHARI TU KITORUNK TERUSKAN PEJALANAN KE MELAKA UNTUK MAKAN TENGAH HARI..PADA MULANYA SESAT LAR JUGAK..N DISEBABKAN NALURI KITORUNK NI TEPAT DAN BETUL SEGALA PERKARA KITORUNK BOLEH HANDLE..HAHAH...LEPAS HBS MAKAN TU KITORUNK SRUH LAH MAKCIK TU KIRA..PADA MULNYAN AKU X PAHAM APA YANG MKCIK TU CKAP COZ TTBE DTANG KAT KITORUNK DYE CKAP "SDN.BHD KER COMPANY" RUPNYE MKSUD MKCIK ADALAH NAK BYO ASING2 KE SENDIRI2..HAHA..PENGALAMAN BEB..LEPAS TU KITORUNK TERUS OTW BALIK UITM SEGAMAT UNTUK MENGAMBIL HISHAM..LEPAS AMBIL HISHAM KAT UITM KITORUNK PEGI NIRWANA UNTUK BERKAROK SELAMA 1 JAM..LEPAS TU KITORUNK PERGI KIPMART MEIN GAME FREE..BEST LAR PLAK...AFTER THAT WE ALL PERGI MAKAN KAT TERATAK..MASE TU FAUZAN DAH TAKDE DAH NGAN KITORUNK COZ KITORUNK DAH ANTO DYE PERGI TERMINAN COZ DYE NAK BALIK...LPAS MKAN KITORUNK PERGI KEDAI RM2 UNTUK BELI BARANG SIKIT...N PADA MASE TU DUA BUAH BOMBA LALU KAT DEPAN NAGOYA..KITORUNK INGAT KAN ADE KEBAKARAN, SO KITORUNK PUN CARI LAH ASAP YANG TEBAL COZ NAK THU KEBAKARAN TU KT MANE..GILE KAU X CARI ASAP TU..DUA BUAH BOMBA PULAK..P KITIRUNK X JMPE PUN ASAP TU..RUPENYA BOMBA TU LALU BUKN SEBAB ADE KEBAKARAN P SEBAB ADE KEMALANGAN YANG MELIBATKAN BAS SEKOLAH DAN KERETA WAJA KALAU X SILAP AKU..KERETA WAJA TU LANGGO BAS SEKOLAH SAMPAI BAS SEKOLAH TERBALIK KOT..KUAT X KUAT LAR DYE LANGGO..EXCIDENT TU DEKAT JALAN MSUK SRI GENUANG..LEPAS TU KITORNG PUN BALIK KE UITM DENGAN MUKE YANG PENAT...HAHA

Monday, 1 October 2012

nothing 2/10/2012

          
             Hai..hai..hai..hari ni bermulalah perjalanan aku sebagai blogger..first of all aku nak ucapkan bnyak2 trime kasih kepada farah izati yg telah membantu aku untuk create blog nie tok aku..first time nk gune blog ni aku tak thu nak tulis ape..disebabkan dah tak tahu nak tulis ape aku selitkan sedikit biodata mengenai diri aku kt sini...
                           
                                      name aku izan izazul b. zakaria just panggil aku mek,memek,chickgu,kechik,or iz.. aku tinggal kat pt.jawa muar johor..still studying at Uitm johor kampus segamat..amek course diploma in banking...^_^
                                        

hii..:)

saya izan izazul