cerita ni aku tulis sendiri..kalau terdapat kesilapan aku mintak maaf..almaklumlah..aku baru nak berjinak2 tulis2 cite ni..kalau x best sorry k..
Hafiz(peddu), Hilmi( Amy), Hisham(kupang),
Fauzan(steven), Faiz(bedark), sahri(ujang) dan aku(kecik) adelah kawan baik di
Unisza. Kami adalah pelajar Diploma in Human Resources (sumber manusia) di sini.
Kami semua adalah rakan sekelas. Apa sahaja aktiviti yang kami lakukan kami
akan lakukan bersama-sama. Aku masih ingat lagi pada cuti semester yang lepas
kami semua serta pelajar lain telah diberi tugas untuk mengkaji dan menyelidik
cara hidup masyarakat di Malaysia ini. Seperti biasa aku, Peddu, Amy, Kupang,
Steven, Bedark dan Ujang akan pergi bersama- sama sebagai satu kumpulan dan
assignment kali ini telah diketuai oleh Peddu.Kami semua telah mendapat kata
sepakat dengan memilih Pekan Suram sebagai tempat kami membuat penyelidikan
untuk menyiapkan assignment kami. Pekan Suram adalah pekan yang agak terpencil
di Melaka. Kami semua memilih Pekan Suram sebagai tempat projek assignment kami
kerana kami dengar Pekan Suram sangat
popular dengan kesuramannya. Dengar cerita selepas waktu maghrib orang-orang di
Pekan Suram tidak keluar dari rumah. Ini menyebabkan kumpulan kami menjadi
sangat teruja untuk megetahui mengapa orang-orang di Pekan Suram tidak keluar
rumah selepas waktu maghrib dan kami telah membuat keputusan untuk bertolak ke
Pekan Suram pada keesokkan harinya. Tepat jam pukul 8 pagi kami semua mula
bertolak dari Unisza ke Melaka dengan menaiki kereta Avanza milik Hilmi. Hampir
4 jam kami semua berada di dalam kereta akhirnya kami semua tiba juga di Melaka.Setibanya
kami di Melaka, kami pun mulalah mencari Pekan Suram yang agak terpencil itu.
Untuk memudahkan kerja kami, kami pun bertanyakan orang-orang yang berada di
situ. “ Asalmualaikum pakcik” tanyaku kepada seorang pakcik dalam lingkungan
30-an yang sedang menghisap rokok di dalam warung. “Waalaikumusalam, ye dik ada
ape” balas pakcik itu. “boleh tumpang tanya tak pakcik, sebenarya saya ni
daripada Unisza, datang ke mari nak membuat kajian mengenai projek assignment
kami, pakcik tahu x jalan nak pergi ke Pekan Suram” tanya ku lagi. Tiba- tiba
wajah pakcik itu terus berubah dan terus menghidupkan enjin motornya tanpa
menjwab pertanyaanku tadi. Aku menjadi hairan dengan sikap pakcik itu, tanpa
membuang mase aku pun pergi bertanya kepada orang lain yang berada di dalam
kedai tersebut, belum sempat aku bertanyakan apa-apa mereka semua telah beredar
dari kedai itu. Aku bertambah hairan dengan sikap orang-orang disitu, adekah
aku tersalah cakap? Aku sendiri pun tidak tahu. Dengan perasaan kecewa aku pun
masuk semula ke dalam kereta. “Ha cik macam mane, dah tahu tak jalan nak pergi
ke Pekan Suram tu” tanya ujang kepada aku. “ tak dapat ape-ape lagi la jang,
aku baru je sebut jalan nak pergi ke
Pekan Suram diorang dah berambus” balasku. “habis tu macam mane kita nak pergi
Pekan tu?” ujar Peddu. “Entahlah, kita tanya lah orang lain, jagan cepat putus
asa” jawabku.
Kami pun meneruskan perjalanan sepeti
biasa. Setibanya di Bukit Katil kami lihat ada sebuah kereta yang berhenti di
dada jalan, kelihatanya seperti tayar keretanya bocor. Kami pun memberhentikan
kereta kami untuk menolong tuan punya kereta itu. “Asalammualaikum pakcik,
kenapa ni” tanya steven kepada tuan punya kereta itu.“Waalaikumusalam, ni ha
tayar kereta pakcik bocor, tayar spare takde angin, kedai jauh pulak tu dari
sini” jawab pakcik itu. “ takpe pakcik biar kami tolong pakcik, kami ada tayar
spare” sapa Amy. Kebetulan pula kereta pakcik itu sama dengan kereta Amy iaitu
kereta Avanza. Hampir 15 minit, akhirnya tayar yang bocor itu telah pun kami
gantikan. “Alhamdulillah, ada juga orang yang baik seperti kamu semua didunia
ni lagi, pakcik ingatkan orang-orang baik dah lama pupus, apa-apa hal pun
terima kasih lah ye sebab tolong pakcik, nah ambilah RM 30 ni sebagai
ganjaran,pakcik nak bagi banyak-banyak pun pakcik takde duit, pakcik bukanya
orang senang” kata pakcik tu kepada kami semua. “eh takpe-takpe pakcik, pakcik
simpan jerk duit tu, kami semua tolong pakcik dengan ikhlas, tak minta apa-apa
balasan pun” balas Amy. “erm pakcik, pakcik tahu tak mana jalan nak ke Pekan
Suram? Kalau pakcik tak keberatan boleh tak pakcik tunjukan kami jalan nak
kesana?” sapa aku. “PekanSuram??buat apa kamu semua hendak kesana?” jawab
pakcik itu. “sebenarnya pakcik kami semua ni pelajar daripada Unisza, kami nak
ke Pekan Suram untuk menjalankan projek assignment kami disana” balasku lagi.
“baiklah disebabkan kamu dah pun menolong pakcik, pakcik akan tunjukan jalan
kesana, tetapi ingat pakcik tidak galakkan kan kamu kesana diatas sebab-sebab
tertentu” ujar pakcik itu. “sebab-sebab tertentu? Sebab-sebab macam mane tu
pakcik?” sapa kupang. “adelah sebab-sebabnye yang pakcik tidak boleh beritahu
kamu, nanti kamu akan tahu sendiri” balas pakcik itu. “baiklah pakcik” jawab
Kupang. Kami pun memulakan perjalan ke sana bersama-sama dengan pakcik itu,
hampir 2 jam perjalanan kami,akhirnya kami berhenti di dua persimpangan. Pakcik
itu turun daripada keretanya dan bergerak kearah kereta kami. “maaf pakcik hanya
dapat hantarkan kamu sampai disini sahaja” kata pakcik itu kepada Amy.
“baiklah, terima kasih pakcik, kalau takde pakcik tak tahu lah sekarang ni kami
semua ada di mana.” Jawab Amy. “sama-sama, lepas ni kamu ikut jalan disebelah
kiri, kamu tegak je jangan belok-belok, dalam lebih kurang 1 jam kamu akan
sampai ke Pekan Suram” kata pakcik itu lagi. “baiklah pakcik” balas Amy lagi.
“tapi ingat yang pakcik tak galakkan kamu untuk pergi ke pekan itu, dan satu
hal lagi ingatlah kepada niat asal kamu pergi ke Pekan Suram tu..jangan bersuka
ria dan buat perkara-perkara yang tak sepatutnya di Pekan Suram itu kerana
kalau tidak bala akan menimpa kamu” pesan pakcik itu. “baiklah pakcik, kami
tahu jaga diri kami di tempat orang, kami bukan budak-budak lagi, bailkah
pakcik kami gerak dulu ye..Asalamualaikum” balas Amy. “waalaikumusalam,semoga
Allah memberkati dan melindungi kamu semua” jawab pakcik itu.
Jam sekarang menunjukan tepat 2
petang, terasa penat jugak badan kami semua,yelah dari tadi duduk dalam kereta
tu tak sampai-sampai jugak ke destinasi yang hendak dituju,perut pun dah mula
lapar. “Amy nanti kau berhentilah kat kedai makan mana-mana, perut aku dah
lapar dah ni” kata Peddu kepada Amy. “:ha yelah” jawab Amy ringkas. Setelah
setengah jam perjalanan kami berhenti disebuah kedai makan di Pekan Gemilang.
Kalau tak silap aku nama kedai tu adalah “Warung Kita”. Warung tu dikendalikan
oleh seorang lelaki warga emas yang berumur dalam lingkungan 70-an. Pakcik tu
menggelarkan diri dia sebagai Pak Taib. Kami semua yang berada didalam
kelaparan itu pun mengorder 1 jeinis makanan yang same iaitu Mee Goreng kerana
tak mahu menyusahkan Pak Taib yang memasak seorang diri. “ni dia Mee Goreng
kamu semua dah siap, jemputlah makan ye” kata Pak Taib. “baiklah Pakcik, Pakcik
tak makan sekali ker?” jawab ujang. “eh tak pe, Pakcik baru jer lepas makan,
kamu semua ni sebebnarnya daripada mana nak ke mana?” tanya Pak Taib. “kami semua
ni sebenarnya daripada Unisza Pakcik, kami hendak pergi ke Pekan Suram untuk
menjalankan projek assignment kami” balas Steven. “kalau boleh Pakcik tahu
projek assignment yang macam mane tu ye?” Tanya Pak Taib lagi. “Kami ni
sebenarnya ingin membuat kajian mengenai sumber manusia, kami dengar
orang-orang di Pekan Suram ni tak macam pekan-pekan lain,dengarnya selepas
waktu maghrib orang-orang di Pekan Suram tidak keluar dari rumah mereka, sebab
itulah kami semua ingin menyelidik dan membuat kajian mengenai penduduk di
Pekan Suram tu” terang Kupang. “ooo..macam tu rupanya..ni kamu nak ke Pekan
Suram tu kamu dah ada tempat penginapan ke?” tanya Pak Taib. “ha tu pun satu
lagi masalah, kitaorang ingat nak tumpang jerk dekat salah sebuah rumah kat
pekan tu nanti.” Terang aku. “Pakcik ada sebuah rumah kat hujung pekan tu,dulu anak
pakcik pernah tinggal dekat situ, kalau kamu semua tidak kisah kamu semua boleh
tinggal dekat situ buat sementara waktu, lagipun rumah tu dah lame tak ada
orang duduk” terang Pak Taib. “yeke pakcik, baguslah kalau macam tu,senang
sikit hati kita orang, tapi mana anak pakcik pergi”. Tanya Peddu. “Anak pakcik
dah dua tahun meninggal dunia akibat sakit jantung berlubang.” Balas Pak Taib
yang kelihatan sedih, mungkin terkenangkan arwah anaknya. “maafkan saya pakcik
saya tak tahu pulak anak pakcik dah...” belum sempat Peddu menghabiskan ayatnya
tibe-tibe Pak Taib menyelah “eh makanlah makan,pakcik ni menganggu kamu semua
mkan je kan.” Sampuk Pak Taib. “eh tak
adelah pakcik, kita orang ok je” balas Amy.Hampir satu jam jugaklah kami semua
makan di warung Pak Taib tu, kenyang betul perut kami semua sampaikan nak jalan
ke kereta pun terasa malas. Kalau nak ikukan tahap kemalasan kita orang nie ha
memang lama lagi kita orang duduk dekat warung Pak Taib tu memandangkan Pak
Taib pun seorang yang peramah, tetapi memandangkan perjalanan kami masih jauh
dan jam pulak dah menunjukkan pukul 3.30 petang kita orang terpaksa membatalkan
niat untuk terus duduk di warung Pak Taib dengan lebih lama lagi. Kami pun
meneruskan perjalanan kami ke rumah arwah anak Pak Taib di Pekan Suram seperti
yang dirancang. Setelah setengah jam kami berada didalam kereta akhirnya kami
tiba juga di Pekan Suram. Suasana Pekan Suram pada petang itu tidak sesuram
seperti mana namanya, ada juga kelihatan anak-anak muda bermain bola di padang,
kanak-kanak menangis menyuruh bapanya membelikan mainan, dan ade juga anak-anak
muda yang melepak di tepi jalan.
Kami meneruskan lagi perjalanan
kami sehingga ke penghujung jalan untuk pergi ke rumah arwah anak Pak Taib dan
tidak aku sangka rumah yang dimaksudkan oleh Pak Taib adelah sebuah Villa,
kalau tak silap aku nama Villa itu adelah Villa Syakilla. Agak besar jugaklah Villa Syakilla tu
sehinggakan kami semua tak larat nak meneroka setiap sudut di Villa itu. “wei
korang, korang tak rase pelik ker pasal Villa nie?lain macam jerk aku tengok,
seram pulak aku dibuatnya” tanya Steven. “dah-dah kau jangan nak
merepek-repek,kire bersyukur lah ni ade orang beri kite tumpang rumah dia, tak
payah susah-susah nak cari tempat penginapan lagi” jelas Bedark. “aku bukanya
ape, korang tak rase pelik ker..yela, anak
Pak Taib tu sorang jerk, tapi tinggal kat dalam Villa yang besar ni..tak
sunyi pulak diakan.” Tanya Steven lagi. “mungkin anak dye memang suke rumah
besar-besar macam ni kot, eh dah lar jangan nak tanya yang bukan-bukan lagi,
penat aku layan kau lah” jawab Bedark. Kami agak teruja ketika meneroka setiap
sudut di Villa itu sehingga terlupa hendak memasukkan barang-barang kami yang
berada di dalam kereta ke dalam Villa Syakilla itu. Setelah memasukkan
barang-barang kami ke dalam Villa itu, kami semua terus tertidur kerana terlalu
penat setelah seharian perjalanan kami ke Pekan Suram ini.
Lena sungguh kita orang semua tidur
sampai azan maghrib pun kami tak dengar, jam sudah menunjukan tepat pukul 10
malam. Ketika kami semua sedang sedap-sedap tidur, kami dikejutkan oleh satu
jeritan suara dari dalam Villa Syakilla itu, menyebabkan kami semua terjaga. “
wei, korang dengar tak bunyi ape tadi, entah- entah bunyi han...”tanya ujang.
“wei dah-dah, kau jangan nak mencarut,jangan nak pikir yang bukan-bukan” Peddu
mencelah. “wei-wei Hisham mane wei?” tanye Bedark. “a’ah ek, aku aaru perasan
yang dia tak ade” jawab Amy. Kami semua pun segera bangun dan mencari Hisham.
“Hisham!!!! Kau kat mane” jerit kami semua. “ Aku kat sinilah, kat dalam bilik
air ni ha” jawab Hisham. Kami semua pun segera pergi ke bilik air untuk melihat
apa sebenarnya yang terjadi. “ wei Hisham kau ok tak? Ko buat ape dalam bilik
air malam-malam nie?” tanya Steven. “Aku oklah..tadi aku terjaga sebab perut
aku rase lapar, so aku ingat nak pergi beli makan, tu yang aku mandi” jawab
Hisham. “mase kau mandi tadi kau ada dengar orang menjerit tak?” tanya Amy. “mestilah
aku dengar, dah aku yang jerit” balas Hisham. “lar yeke, agaknya kau yang
jerit, dah kenapa kau jerit?” tanya Peddu. “aku nak mandi shower tadi, tapi aku
terbukak shower yang panas pulak, so bile kena badan aku, aku jerit lar...panas
ooo” jawab Hisham. Kami semua pun gelakkan Hisham. “yang kau pergi bukak shower
yang panas tu kenapa?” tanya aku. “manalah aku tahu” balas Hisham. Kami pun
sambung gelakkan Hisham. Setelah puas kami semua gelakkan Hisham kami semua pun
bersiap-siap untuk pergi makan. Ternyata suasana Pekan suram pada waktu malam
memang suram seperti namanya, jangan katakan batang hidung,, kelibat seorang
manusia pun kami tidak nampak pada ketika itu. Oleh kerana warung-warung di
pekan suram tidak buka pada waktu malam kami terpaksa pergi ke warung Pak Taib
yang kami singgah petang tadi. Setibanya kami di warung Pak Taib, kami terus mengorder mee
goreng buatan Pak Taib, entah mengapa kami rasakan penangan mee goreng Pak Taib
jauh berbeza dengan mee goreng-mee goreng yang pernah kami makan, mungkin
inilah yang dikatakan penangan masakan daripada orang-orang veteran yang
memasak dengan ikhlas. “ Ini dia mee Goreng kamu sudah sampai, jemputlah makan”
ujar Pak Taib. “baiklah, terima kasih” balas aku. “ Erm macam mana dengan rumah
Arwah anak Pakcik tu? selesa tak kamu semua duduk?” tanya Pak Taib.
“Alhamdulillah, lebih daripada selesa pakcik, jangan katekan kami bertujuh,
kalau kami bawa satu bas pun insyallah selesa lagi kalau tinggal dekat dalam Villa
arwah anak Pakcik tu” jawab Amy. “haha..ade-ade sajelah kamu ni” Pak Taib
merendah diri. “ betul Pakcik, besar sangat Villa tu, tak larat saya nak teroka
Villa tu petang tadi,hahha” sampuk Peddu. “haha, eh kamu semua makan la dulu,
Pakcik ade keje sikit dekat belakang” Pak Taib menyelah. “ha, yelah Pakcik”
jawab Peddu. Setelah hampir setengah jam kami berada di warung Pak Taib kami
pun memanggil Pak Taib untuk membayar makanan yang telah kami makan tadi. “
Pakcik oo Pakcik, kire makanan nie semuanya berapa ringgit?” tanya Ujang. “ye
baiklah” balas Pak Taib. “berapa semuanya Pakcik” tanya Ujang sekali lagi. “
emm semuanya RM 20 sahaja” jawab Pak Taib. “ baiklah, ni dia RM 20 Pakcik”,
jelas Ujang. “terima kasih ye kamu semua” jawab Pak Taib. “sama-sama” balas
Ujang.
Perut kami semua pun dah kenyang, so
ape lagi, kami semua pun bertolak pulang ke Villa Syakilla untuk merehatkan
badan yang tidak cukup rehat ni. Tidak sampai 15 minit kami bertolak dari warung Pak Taib tayar kereta Amy mengelepur ke
tepi jalan dan terbabas sehingga hampir-hampir terlanggar pokok yang berada
berhampiran tepi jalan itu. “kenapa ni Amy?” tanya Hisham. “tak tahu lah,
rasanya tayar kereta aku ni macam dah bocor jer” Jelas Amy. Kami semua pun
segera turun dari kereta. “ish kereta ni, time-time macam nie lar ko nak bocor,
tayar spare dah takde pulak tu, kedai pun dah tak bukak” bebel Amy sambil
menendang tayar keretanya. “sabar jelah Amy, bende nak jadi nak buat macam
mane?” sampuk Steven untuk menenangkan Amy. Amy ni memang jenis yang panas
baran kalau barang kesayangan dia hilang atau rosak, kalau ada barang
kesayangan dia yang hilang atau rosak
Mulalah dia naik angin
tak tentu pasal, kami semua memang dah masak sangat dah dengan perangai dia tu.
“habis tu kita nak buat macam mane ni kawan-kawan?” tanya Amy yang dah mula
tenang sedikit. “ ermm, ape kate kau tinggal jerk kereta kau ni dekat sini Amy,
besok pagi kita cari kedai bengkel kereta suruh dia tarik kereta kau dekat
sini” jelas Peddu. “wei kawan-kawan cube tengok nie, aku jumpe banyak paku
tekan kat atas jalan ni ha..ni mesty kerja budak-budak nakal lar ni..jahanam”
pekik Ujang yang berada 50 meter dari kami. Kami semua pun segera pergi ke arah
Ujang. “ cis, celaka punya budak-budak ni, kalau aku dapat dia, tahulah aku nak
kerjakan diaorang macam mana, diaorang tak kenal lagi sape aku” marah Amy. “wei
dah3, kau nak cari budak tu kat mane, kau jangan cari pasal kite ni kat tempat
orang, jage sikit adab tu,lagipun biasa la perangai budak-budak kampung memang
macam nie” jelas Bedark. “dah2, Amy kau pergi kunci pintu kereta kau, lepas tu
kita balik jalan kaki,kalau ada orang lalu nanti kita tumpang jer dia, hari
makin lama makin gelap,bukan makin terang” tambah Hisham. “ha yela” jawab Amy.
“Amy nanti kejap, aku nak amek barang aku dulu”
kata Steven. “ha cepat sikit” balas Amy. Selepas itu kami pun meneruskan
perjalanan untuk pulang ke Villa Syakilla dengan berjalan kaki. Jauh jugak
perjalanan kami nak ke Villa Syakilla tu, penatnye hanya Allah yang tahu. Setelah
10 minit kami berjalan kaki, kami pun tibe di Tanah Perkuburan Islam Kampung
Suram dan secara automatik bulu roma kami semua terus naik, ape lagi kami semua
pun terus mempercepatkan langkah kami. Kire-kire hampir 1000 meter dari tanah
perkuburan itu barulah kami berhenti dan berehat seketika untuk mengambil nafas
lega. Hisham pula terus duduk dan bersandar di bawah pokok jawi yang berada disitu,
manakala sebahagian daripada kami ada yang duduk dan ada yang berdiri di bibir
jalan kerana tidak mahu berada di situ lama2. Setelah lima minit kami semua
berehat di situ barulah nafas kami semua berasa lega. “wei korunk jom la gerak,
makin lama makin seram pulak aku duduk kat sini” kata Bedark. “btul la,, aku
pun rase macam tu” tambah aku. “ ha yela2, wei Hisham kau tunggu ape lagi,
cepatlah bangun, kau nak tido kat sini
ker?” jawab Peddu. “hahaha” gelak Hisham sambil mendiamkan diri dan tunduk
kebawah. “wei ko ni dah kenapa gelak sorang2,jom lar balik, kitaorang lagi nak
cepat ni kau boleh buat-buat lambat pulak,,aisshhh budak nie,” rungut Steven.
“hahahaha, nak balik mane” gelak Hisham sekali lagi sambil membuat suara garau seakan-akan suara orang tua. “ wei ko ni dah kenape kupang, kitaorang nak balik Villa Syakilla
lar ,kitaorang takde mase la nak layan kau time2 macam ni” tegas Ujang . “aishhh
budak ni memang nak kene nie,wei Hisham cepatlah bangun” bentak aku sambil
menarik tangan Hisham. “ hehehehhe,kau nak bawak aku balik mane?” kali ini
Hisham pula yang mengenggang tangan aku
sambil memandang tepat ke dalam mata aku dengan warna matanya yang telah bertukar
menjadi kemerah-merahan. Aku cube sedaya upaya melepaskan tangannya yang
digenggan erat oleh Hisham. “ wei korang tolong aku” jerit aku. Diaorang semua pun memegang Hisham beramai-ramai dan
akhirnya tangan aku berjaya dilepaskan. Hisham meronta-ronta untuk melepaskan
diri. “ aku rase budak ni dah kene sampuk ni, korang semua pegang dia kuat-kuat
jangan sampai terlepas, aku akan panggilkan Tok Imam, lagipun kita dah tak
berapa jauh dari Kampung Suram nie.”
Jelas aku yang masih dalam terperanjat. “baiklah” jawab Peddu. “ Steven
kau ikut aku ok” Jelas aku lagi. “ yelah” jawab Steven.
Aku dan Steven pun segera berlari untuk
mencari Tok Imam. “ wei kecik kita nak cari Tok Imam dekat mana time-time macam
ni? rumah Tok Imam bukanya kita tahu pun.” Tanya Steven. “tak apa, kita Cari
dulu dekat masjid, kalau kita tak jumpe Tok imam kita tanya orang kampung”
jelas Aku. “nak tanya orang kampung macam mane, diaorang kan tak keluar rumah
lepas waktu maghrib” tanya Steven lagi. “ape kebanggang la ko ni, kite pergi ke
rumah diaorang, tu pun nak kene ajar ker” ujar Aku. “hee..ok ok” balas Steven.
Aku dan Steven pun segera pergi ke masjid untuk mencari Tok Imam. Mujurlah Tok
Imam masih berada di dalam masjid kerana malam itu Tok imam berkiamulail.
“Asalamualaikum Tok Imam” aku memberi
salam kepada Tok Imam yang sedang berkiamulail. “ Waalaikumusalam, ye ade ape
nak?” tanya Tok Imam kepada aku. “macam ni Tok, rasenya kawan kami ni dah kene
rasuk, boleh tak Tok tolong ubatkan dia..” jelas aku. “masyallah, dekat mana
kawan kamu tu? insyallah kalau aku boleh tolong aku akan tolong.” Jelas Tok
Imam. “kawan kami ada dekat bawah pokok jawi yang terletak kira-kira 15 minit
dari sini Tok” jelas aku kepada Tok Imam. “eh jauh tu, habis tu kamu ke sini
naik ape?aku tak dengar pun bunyi kereta atau moto tadi” tanya Tok Imam. “kami
berlari dari sana tok,kereta kami rosak dekat-dekat dengan tanah perkuburan tu”
jelas Steven. “ lar yekew,eh kalau macam tu cepatlah kita ke sana, naik van aku
jer” jelas Tok Iman. “ ha yela tok” jawab aku mengiyakan kata Tok Imam.
Setibanya kami disitu, aku melihat Hisham masih lagi dipegang erat oleh
rakan-rakan aku yang lain dan belum sempat kami membuka pintu van aku melihat
Hisham menggigit tangan Peddu dan menyebabkan Hisham terlepas daripada ikatan
rakan-rakanku, Hisham terus melarikan diri seolah-olah dia tahu yang kami
membawa Tok Imam bersama kami. Aku pun terus bergegas berlari untuk mengejar
Hisham manakala Steven dan Tok Imam pula megekori Hisham dengan menaiki van.
“wei korang jom ikut aku kejar Hisham” jelas aku. Aku dan rakan-rakan yang lain
pun mengejar Hisham sehingga ke tanah
perkuburan Islam yang kami lalu sebenatar tadi. Setibanya di tanah perkuburan
itu, aku melihat Hisham duduk betul-betul di atas kubur seseorang sambil
menangis tersedu-sedu. “kamu semua ikut aku kedalam, tolong aku pegang kawan
kamu tu, jangan takut, aku ade dengan korang semua” jelas Tok Imam kepada kami
semua. “baiklah Tok” jawab kami semua. “tapi ingat satu perkara ni, kalau kamu
nampak ape-ape jangan tegur” tegas Tok Imam. Kami semua hanya mendiamkan diri
dengan mengiyakan kata-kata Tok Imam. Inilah first time kami semua masuk kubur
pada waktu malam-malam macam nie. Aku lihat Hisham menyangkung dan merenung
tepat kedalam mata Tok Imam seolah-olah mahu diajak berlawan dengan Tok imam.
Tok Imam mula membaca ayat-ayat suci Al-Quran untuk mengeluarkan bende yang
merasuk kawan kami. “ha kamu semua, cepat pegang kawan kamu tu,bawa dia
ketempat lapang” jerit Tok Imam sambil membaca ayat- ayat suci Al-Quran. Tanpa
membuang masa kami semua pun terus memegang Hisham seerat yang boleh dan
membawa dia ke tempat yang lapang seperti mana yang disuruh oleh Tok Imam.
Selepas itu mulalah sesi soal jawab antara Tok Imam dengan Hisham. “siapakah
nama kau, kenapa kau ganggu budak nie?” tanya Tok Imam. “nama aku Kutek, aku
rasuk budak ni sebab dia dah bunuh anak aku” jelas Kutek iaitu makhluk yang berada didalam badan Hisham
sambil menangis. “bile mase pulak dia bunuh anak kau?” tanya Tok Imam lagi. “
baru sekejap tadi, budak ni telah duduk di atas anak aku yang baru lahir yang aku letakkan di bawah pokok tu, aku tak
boleh nak maafkan budak nie” jawab kutek. “itu salah kau, siapa suruh kau letak
anak kau merata-rata tempat” jelas Tok Imam. “wei bongok, pokok jawi tu rumah
aku, sukahati aku lah aku nak letak anak aku dekat mana pun” jawab Kutek.
“Dah-dah, sekarang ni budak ni tak bersalah, dia bukanya tahu pokok tu rumah
kau, sekarang ni kau nak keluar ke tak nak?” tanya Tok Imam. “ tak nak” jawab
Kutek. “owh kau degil ye, baiklah kalau kau tak nak keluar daripada badan budak
ni aku bakar kau hidup-hidup” gertak Tok Imam sambil melaungkan kalimah
Allahuakbar. “arghhh...panas...panas...tolong” jerit Kutek. “owh tahu
sakit..baik kau keluar sekarang kalau tak lagi teruk kau kene nanti” Tok imam
menggertak lagi. “arghhh...baik...baiklah..aaa...aa..aku keluar sekarang” Jelas
Kutek. “ha bagus, keluar cepat” pinta Tok Imam. Selepas itu, Hisham terus
pengsan dan tidak sedar kan diri. “alhamdulillah, syukurlah kawan kamu tidak
ade apa-apa.” Tok Imam menarik nafas lega. “alhamdulillah, terima kasih tok”
ucap aku. “sama-sama...” ucap Tok Imam. Selepas itu kami pun mengangkat Hisham
dan membawanya masuk ke dalam van Tok Imam.
Setelah itu, Tok Imam lar yang
menghantarkan kami pulang. Sebelum Tok Imam menghantar kami pulang Tok Imam
membawa kami semua ke masjid untuk mengambil barang-barangnye yang tertinggal
di dalam masjid. “Hermmmm...kelihatanya kamu semua nie seperti orang luar, ape
yang kamu semua buat kat dalam kampung nie, kamu tahu tak kampung nie
keras,semua orang kampung tak berani keluar rumah selepas waktu maghrib,banyak
perkara yang tak diigini berlaku jika diaorang keluar rumah selepas waktu
maghrib.” Tok Imam bersuara. “sebenarnya tok kami semua datang ke sini sebab
ingin membuat assignment kami tok,kami tahu yang penduduk di kampung ini tidak
keluar rumah pada waktu maghrib dan sebab itulah kami tertarik untuk menyiasat
apa puncanya” terang Bedark. Tiba-tiba Tok Imam memberhentikan Van dan
memandang tepat ke muka kami semua. “ kamu ingat perkara ni perkara yang kamu
boleh buat main-main ker? Kamu tak tahu asal usul kampung ni, jadi kamu tak
boleh suke-suke jerk nak buat assignment ke penyiasatan ke ape ke kat dalam
kampung ni tanpa mendapat izin daripada orang kampung nie.” Marah Tok Imam.
Kami semua hanya mendiamkan diri. “dah-dah,esok pagi-pagi bute aku nak korang
semua tinggalkan kampung ni, paham!! Habis tu kamu semua menginap dekat mana
sekarang nie” tanya Tok Imam. “kami semua menginap di Villa Syakilla yang
terletak di hujung kampung nie Tok” jawab aku. “ape?macam mane kamu boleh masuk
ke situ? Mane kamu dapat kunci untuk masuk ke Villa Syakilla tu?” tanya Tok
Imam Lagi. “kami dapat daripada Pak Taib tok” jelas Amy. “ ape? Pak Taib? Biar
betul kamu ni? Pak Taib yang kamu maksudkan nie Pak Taib yang selalu memakai
kopiah tu ker?” tanya Tok Imam untuk mendapatkan kepastian. “a’ah, kenapa tok?”
tanya Bedark. “kamu tahu tak yang Pak Taib tu dah 2 tahun meninggal dunia, kat
dalam Villa Syakilla tu jugak lah dye mati kena bunuh. Dan disebabkan Villa tu
la orang kampung takut nak keluar malam selepas waktu maghrib.” Jelas Tok Imam.
“ habis tu sape yang bagi kitaorang makan dekat
Warung Kita petang dengan malam tadi?” tanya Ujang. “dah memang sah dah
korang semua nie kene ganggu dari awal lagi” jelas Tok Imam. “habis tu mee yang
kita orang makan tadi tu...” belum sempat aku menghabiskan ayat kami semua
terus termuntah di perkarangan masjid. “ dah-dah, malam nie kamu semua tidur
jerk kat dalam masjid nie..biar aku yang temankan korang,besok pagi-pagi kamu
pergi ambil barang kamu dan keluar dari kampung nie” tegas Tok Imam. Kami semua
pun masuk ke dalam masjid untuk merehatkan diri sambil ditemani oleh Tok Imam.
“erm...tapi Tok ape kene mengene Villa
Syakilla tu dengan orang kampung takut nak keluar malam?boleh Tok ceritakan
sikit” tanya aku yang inginkan kepastian. “macam nie ceritanya...kalau kamu
semua nak tahu, Villa Syakilla tu banyak sejarahnya yang orang luar tak tahu.
Sebenarnya tapak Villa Syakilla tu pada asalnya adalah tempat tanah Perkuburan
Cina, dan pada tahun 1993 telah datang seorang ahli perniagaan yang kaya raya
mendirikan sebuah Villa di atas tanah perkuburan jepun tu, orang itu adalah
arwah Taib. Taib memang seorang yang baik hati serta dermawan, dia tidak pernah
meninggalkan solat,bahkan selalu berjemaah bersama-sama kami didalam masjid
ni.Ketika mendirikan Villa disitu Taib baru sahaja mendirikan rumah tangga
selama 7 tahun dan mempunyai seorang anak perempuan bernama Nabila yang berumur
6 tahun.Namun begitu, sekali pun kami tidak pernah melihat wajah isteri dan
anak Taib Kami pernah memberi amaran kepada Taib supaya mencari tapak lain
untuk mendirikan Villa Syakilla tu, tetapi Taib tetap berdegil diri. Katanya
tapak disitu sangat sesuai untuk mendirikan Villa Syakilla kerana
pemandangannya yang cantik dan suasana yang tenang, lagipun dia telah membeli
tanah disitu, jadi kami tidak mampu untuk membuat ape-ape. Pembinaan Villa
Syakilla itu mengambil masa selama 1 tahun, setelah siapnya Villa Syakilla itu
mulalah berlaku perkara-perkara yang tidak diingini di kampung ni. Hampir
setiap malam ada sahaja penduduk kampung yang diganggu, katanya mereka sering
diganggu oleh bunyi-bunyi orang menjerit, kanak-kanak menangis,dan juga bunyi
orang meminta tolong sambil marayau-rayau seluruh kampung, bagi untuk
mendapatkan kepastian mengenai masalah ini, kami semua telah bersepakat untuk
menanyakan perkara ini kepada Taib sama ada dia pernah diganggu ataupun tidak.
Tetapi menurut Taib semenjak dia tinggal disitu tiada ape-ape perkara yang aneh
pun berlaku terhadap keluarga mereka. Tetapi kami semua tidak mempercayainya,
kerana misteri suara perempuan menangis meminta tolong di Villa Syakilla itu sudah menjadi buah mulut
orang kampung masakan Taib tidak mengetahui ape-ape. Oleh itu kami semua telah
mendapat kata sepakat untuk mengintai ape sebenarnya yang terjadi di dalam
Villa itu. Nabil dan Qayyum telah menjadi sukarelawan untuk menjadi pengintai
di Villa Syakilla tu, mereka berdua memang seorang yang agak berani. Tepat jam
12.00 malam pada hari tu Nabil dan Qayyum pun pergi mengintai di Villa Syakilla.
Mereka telah tunggu disitu lebih kurang 3 jam tetapi masih tiada apa-apa yang
berlaku, pengintipan mereka pada malam itu adalah sia-sia dan hanya ditemani
oleh nyamuk-nyamuk yang berkeliaran, tetapi itu semua tidak mematahkan semangat
mereka untuk terus mengintip apa sebenarnya yang terjadi kerana sebelum Villa
Syakilla itu dibina tiada pula penduduk kampung yang diganggu seperti ini. Pada
keesokkan harinya Qayyum dan Nabil sekali lagi pergi mengintip di Villa
Syakilla tu, malam tu suasana terasa lain sangat, angin bertiup sepoi-sepoi
bahasa menandakan hujan akan turun pada bile-bile masa dan pada mase yang sama
turut juga terdengar bunyi burung hantu dan sesekali terdengar seperti bunyi
serigala, tetapi itu semua tidak memtahkan semangat Qayyum dan Nabil untuk
membongkarkan rahsia Villa Syakilla tu. sedang Qayyum dan Nabil leka
memerhatikan Villa Syakilla itu, tibe-tibe bahu Nabil dan Qayyum dipegang
seseorang, “bang, abang ada nampak anak saya tak bang” kedengaran satu suara
yang agak menyeramkan. Qayyum dan Nabil terus melarikan diri tanpa menoleh
kebelakang. Pada keesokan harinya Nabil dan Qayyum terus demam panas selama
seminggu dan sejak dari peristiwa itu mereka tidak lagi mengintip di Villa
Syakilla tu. Sejak daripada waktu itu, kelibat Taib dan keluarganya tidak lagi
kelihatan di kampung ini.
Kalau tak silap tok pada 31/05/1995 pagi tu
tok berada di perkarangan masjid untuk membersihkan kawasan masjid, tibe-tibe
tok dengar ada satu suara yang datang daripada luar kawasan masjid. “
Assalamualaikum..” Naziha memberi salam. “Waalaikumusalam..ye nak ada ape yang
boleh pakcik bantu” jawab Tok sambil berjalan ke luar masjid. Sesampainya Imam
disitu Imam terus menutup hidung, dan
alangkah terkejutnya Tok apabila tok
mendapati rupa perempuan yang memberi salam tadi amat mengerikan, seluruh tubuh
badannya dipenuhi dengan kudis dan bisul serta baunya yang seperti bau
bangkai.. “Masyallah, kenapa dengan kamu ni nak” tanya Tok. “Tok Imam tolong
saya tok imam..badan saya sakit dan gatal-gatal tok imam, apa yang saya nak
buat nie tok imam? Semakin saya garu, makin gatal badan saya dan bisul pula
banyak yang timbul” rayu Naziha sambil
menangis teresak-esak. “janganlah kamu merayu kepada aku sesungguhnya aku
hanyalah insan yang lemah, oleh itu bertaubatlah kamu dan memohon ampun la
kepada- Nya sesungguhnya Allah itu maha pemurah lagi maha pengampun kerana
setiap apa yang berlaku di atas muka bumi ini adalah dengan kehendaknya... Kamu
tinggal dimana?mari sini saya hantarkan kamu pulang” tanya Tok Imam yang
bersimpati ke atas nasib Naziha. “ Rumah saya ada dekat hujung kampung nie Tok
Imam” jawab Naziha. “ maksud kamu, kamu tinggal di Villa Syakilla tu..owh
maknanya kamu ni isteri si Taib la ye..
Mane si Taibnya?dia tak jaga kamu ker?” tanya tok Imam lagi. “ bukan Tok Imam,
saya ni adalah perempuan simpanan abang Taib” jawab Naziha. “ish kamu nie, tak
baik kamu membuat fitnah, kamu tahu tak dosa menfitnah orang itu adalah lebih
besar daripada membunuh orang, takkanlah Taib yang baik tu ada perempuan
simpanan” jelas aku. “Saya tak tipu Tok
Imam, saya ni memang perempuan simpanan abang Taib” jelas Naziha. “masyallah
Taib, talam dua muka kamu ni rupanye ye, sembahyang tak pernah tinggal, tetapi
ada perempuan simpanan. Macam mana badan kamu boleh jadi macam ni” tanya aku.
“saya pun tak tahulah Tok Imam, mungkin ini balasan Allah kepada saya dan abang
Taib agaknya.” Jelas Naziha. “Balasan? Maksud kamu? Tak faham lar saya.” Tanya
aku. “ macam ni Tok imam, sebenarya saya dan abang Taib telah bercinta sejak
dari bangku sekolah lagi dan telah pun mempunyai perancangan untuk berkahwin,
tetapi saya terpaksa membatalkan niat itu buat sementara waktu dan membenarkan
abang Taib berkahwin dengan perempuan lain dahulu demi untuk mendirikan Villa
Syakilla tu.” jelas Naziha. “demi Villa Syakilla?maksud kamu?”tanya aku lagi.
“macam ni, seperti mana yang Tok Imam tahu kawasan di Villa Syakilla tu agak
keras kerana ia adelah bekas tapak Perkuburan Cina, dan disebabkan itu saya dan
abang Taib telah membuat perjanjian dengan Hantu cina di situ dengan menjamu
mereka tubuh wanita berusia 20-an untuk dijadikan korban pada setiap tahun
setelah Villa Syakilla itu siap dibina sepenuhnya. Jadi saya pun menyuruh abang
Taib berkahwin dengan seorang perempuan muda yang bernama Syakilla untuk
dijadikan korban kepada hantu cina tersebut . Untuk menjadikan Syakilla korban
kepada hantu-hantu tu, abang Taib haruslah membunuh Syakilla dengan tangannya
sendiri dan dibantu oleh saya. “bile kita boleh mulakan upacara ni bang” tanya
Naziha kepada Taib. “tepat jam 12.00 malam kita mulakan ok.” Jelas Taib. “baiklah
bang, tapi bagus juga tindakan abang untuk gunekan minyak dagu kepada si
Syakilla tu.” tambah Naziha. “haha...ni semua pun idea awak juga, dan
disebabkan idea nie jgak lah kite terpaksa tangguh kahwin” terang Taib. “haha nak buat macam manakan, kite kene
mencari mangsa untuk dijadikan kambing hitam kita supaya kita dapat buat Villa
ni dekat sini,lagipun tanah ni kalau kite jual pada masa akan datang kaya kita
bang, sebab tempat ni memang sesuai sangat kalau nak dijadikan tempat
perlancongan,cuba abang bayangkan 10 atau 20 tahun akan datang kalau tempat ni
dibangunkan, kaya kita bang.” Jelas Naziha. “haha..awak kalau bab-bab macam ni
memang pandai.” Ujar Taib. “hee...nanti lepas kita dah korbankan dia, saya nak
abang tukar nama Villa Syakilla ni kepada Villa Naziha” tegas Naziha. “baiklah
sayang” Taib cube bermanje. “hehe...eh dah lar bang, jam dah tepat pukul 12.00
nie, cepatlah panggil si Syakilla tu” jelas Naziha. “haaa yelah” Taib
mengiyakan. “Killa ooo Killa meh sini jap” panggil Taib. Isterinya hanya
menurut katanya sepeti orang bodoh tanpa membantah sepatah ayat pun.” Terang
Naziha. Selepas itu abang Taib dan saya pun memulakan upacara menjamu
hantu-hantu tu dengan membaca jampi
serapah yang sepatutnya. “Setahun selepas tu boleh dikatakan hampir setiap
malam kami diganggu oleh hantu-hantu tu kerana kami tidak dapat membawakanya
habuan seperti mana yang dia mahukan,
sekarang ni abang Taib ada di dalam Villa tu, dia dah seminggu nazak Tok Imam,
apa yang patut saya buat Tok Imam, bingung saya dibuatnya.” jelas Naziha.
“astaghfirullah, patutlah aku dah lame tak nampak dia di kampung ni. Erm tak
pelah, marilah aku hantar kamu pulang dulu”
ajak Tok Imam.
Sesampainya aku di Villa tu, bau
bangkai terus menusuk kadalam hidung aku. “erm Naziha sampai disini sajelah aku
hantarkan kamu ye, tak tahan akau baunya busuk sangat” terang aku. “ Tok
janganlah macam ni Tok, kalau ye pun lihatlah lah keadaan abang Taib dulu Tok,
sekejap pun jadilah” rayu Naziha sambil menangis. “erm...yela-yela, tapi
sekejap je tau.” Aku mengiyakan katanya kerana tidak sampai hati. kami pun
terus memasuki ke dalam Villa Syakilla dan terus menuju ke bilik dimana Taib
terlantar. “masyallah Taib, apa yang dah jadi dengan kamu nie”. Tak sanggup
rasanya aku nak melihat keadaan Taib yang tengah nazak tu, badanya
mengigil-gigil dan kepalanya mendongak ke atas seolah-olah nyawanya tidak boleh
dicabut dan tersangkut di tengah-tengah
halkumnya. “Naziha aku mintak diri dulu la ye, insyallah kalau takde ape-ape
aku akan pangilkan orang kampung untuk membaca yaasin untuk si Taib ni supaya
dia dapat pergi dengan aman dan tenang.” Jelas aku. “baiklah Tok Imam” balas
Naziha. “dan jangan lupe berdoa memohon
ampun daripadanya” pesan aku. Malam tu aku dan beberapa orang kampung pergi ke
Villa Syakilla itu untuk membacakan yaasin kepada Taib. Baru sahaja kami sampai
ke pintu pagar Villa Syakilla tu dua orang daripada kami meminta izin untuk
pulang kerana tidak tahan dengan bau busuk. Aku pun membenarkan mereka pulang
kerana masih ada lagi lebih kurang lima orang termasuk aku untuk membacakan
yaasin tetapi malangnya kami semua tidak dapat bertahan lama, baru lima minit
kami semua membacakan yaasin kami semua terus berlari ke luar Villa dan terus
termuntah kerana tidak tahan dengan bau busuk yang seperti bangkai itu lalu
kami pun meminta izin untuk pulang ke rumah.
Pada keesokan harinya
aku diberitahu oleh orang kampung yang Naziha dan Taib telah pun meninggal
dunia. Katanya, mayat Naziha ditemui dalam keadaan yang tragis dimana kepalanya
pecah akibat jatuh daripada tingkat dua Villa itu dan mayat Taib pula ditemui
di atas katil dengan mata terbeliak dan mulut ternganga. Sebagai umat islam dan
Imam kampung ni memang menjadi tanggungjawab aku untuk mengebumikan mereka
berdua. Setelah jenazah Taib dan Naziha dimandikan, dikafankan dan
disembahyangkan jenazah mereka dibawa ke Tanah Perkuburan Islam kampung Suram.
Setibanya di kawasan perkuburan, aku diberitahu bahawa kubur yang digali
dipenuhi air dan ular yang berbisa walaupun telah banyak kali lubang kubur
ditukar. Setelah aku membaca doa memohon keampunan bagi si mati barulah lubang
kubur itu boleh digunakan. Setelah selesai semuanya kami semua pun pulang ke
rumah masing-masing, baru lima langkah kami bergerak dari kubur Taib dan Naziha
kami dengar bunyi orang menjerit kesakitan meminta tolong. Sejak hari aku jumpe
Naziha di masjid hari tu aku tak pernah nampak dan tahu pun Nabila berada di
mana dan sekarang ni Nabila menghilangkan diri entah kemana, tiada seorang pun
yang tahu.Kami semua hanya mampu beserah dan menjadikan kisah mereka sebagai
tauladan. Begitulah ceritanya.” Terang Tok Imam panjang lebar. “tapi tok kenapa
penduduk kampung disini tak berpindah ke tempat lain jerk kalau mereka sering
diganggu?” tanya aku. “penduduk kampung disini tak mahu meninggalkan kampung ni
kerana kebanyakkan rumah disini adalah rumah pusaka turun temurun daripada ahli
keluarga mereka..sebab tulah mereka tak mahu tinggalkan kampung ni” terang Tok
Imam lagi. “owh macam tu rupanya” jawab aku.“kenapa tok tak halau jerk
hantu-hantu tu macam to halau hantu yang merasuk kawan kami tadi tu” tanya
Ujang. “ tak semudah itu untuk aku menghalau hantu tu macam tu sahaja. Masih
banyak lagi yang perlu aku pelajari dalam ilmu ghaib ini” jelas Tok Imam.
“habis tu takkan tok nak biarkan semua penduduk kampung disini terus hidup
dalam ketakutan” jelas Steven. “itulah yang aku sedang fikirkan.” Jawab Tok
Imam. “ha tok, apa kata kami bawa ustaz kami dari Unisza tu kemari untuk tolong
tok pulihkan kampung ni agar kembali aman semula, uataz kami tu memang mahir
dalam ilmu-ilmu ghaib nie, dah banyak tempat yang dia pergi untuk mengubatkan
orang.” Jelas aku. “boleh ke nie? Tak menganggu ustaz kamu ker?” tanya Tok Imam.
“ala Tok jangan risau lar, insyallah ustaz kami dapat tolong.” Jelas aku. Pagi
tu kami pun terus ke Villa Syakilla untuk mengambil barang-barang kami dan
pulang ke Unisza. Dalam perjalanan pulang ke Unisza kami lihat Warung Kita
iaitu Warung Pak Taib memang tak wujud, meremang jugaklah bulu roma aku bile
fikirkan balik apa yang dah berlaku.
Setibanya kami di Unisza kami pun terus
pergi kerumah Ustaz Ali dan menceritakan kepadanya mengenai misteri Villa
Syakilla yang menganggu penduduk kampung. Setelah hampir satu jam kami
bercerita akhirnya Ustaz Ali memeberikan kata putus untuk membantu penduduk
kampung itu.Seminggu selepas itu, kami pun kembali ke Kampung Suram sambil
membawa ustaz Ali bagi memulihkan
kampung itu. Seperti biasa tempat yang paling mudah untuk kami mencari Tok Imam
adalah di masjid, so kami semua pun terus sahaja membawa Ustaz Ali kemasjid untuk bertemu dengan Tok Imam.
“Asalamualaikum...Tok owh tok...”. “Waalaikumusalam...owh kamu semua rupanya.
Marilah masuk kedalam masjid ni dulu.” Ajak Tok Imam. “baiklah tok”. “ha tok ni
lar dia ustaz yang kami janjikan nak bawa untuk pulihkan kampung ni hari tu,
namanya Ustaz Ali” kata aku. “owh..mcam mane ustaz? Boleh ke ustaz tolong
pulihkan kampung ni?” tanya tok Imam. “insyallah, saya akan cube buat yang
terbaik untuk pulihkan kampung ni, sama-samalah kita berdoa memohan pertolongan
daripada-Nya.” Jawab Ustaz Ali dengan tenang. “Alhamdulillah, baguslah kalau
macam tu, kire-kire bile kita boleh mulakan ni ustaz?” tanya Tok Imam. “malam
nie pun boleh, lagi cepat lagi bagus” jawab Ustaz Ali. Sementara menunggu waktu
malam kami semua pun berehat di dalam masjid secukup-cukupnya. Akhirnya malam
pun menjelang, sekarang telah pun menunjukkan tepat jam 12.00 malam, kami
bersama-sama Tok Imam pun memulakan pencarian hantu yang dikatakan sering
merayau-rayau di dalam kampung ni, tempat pertama yang kami pergi adalah di
kawasan perkuburan. Setibanya kami di
tanah perkuburan, “kau tahu tak dimana nak cari hantu perempuan yang sering
merayau-rayau di kampung ni sambil menangis mencari anknya dengan membawa batu
nisan?” kedengaran suara Ustaz Ali
bercakap seorang diri di pintu masuk kawasan perkuburan, pada masa itu kami
semua telah pun berada di dalam kawasan perkuburan. “tok...owh tok, ustaz kami
tu bercakap dengan siapa tok” tanya Peddu. “ dia tengah tanya bercakap dengan
hantu yang berada di atas pagar tu ha” jawab Tok Imam. Tibe-tibe bulu roma kami
semua terus menegak. Lima minit kemudian Ustaz Ali pun datang kepada kami.
“nampaknya hantu tu takde dekat sini, bende tu ckap benda yang kita cari tu
sering merayau-rayau di kawasan kampung
dan di kawasan Villa tu.” jelas
Ustaz Ali. “kalau macam tu kite terus pergi ke Villa tu jelah ye Ustaz” jawab
Tok Imam. “baiklah, ha yang kamu tu buat ape kat belakang budak-budak ni?nak
cari pasal dengan aku?” tanya Ustaz kepada Bende yang kami sendiri tak nampak.
Kami pun ape lagi teruslah melarikan diri dan menyorok di belakang Ustaz.
“dah-dah kamu semua jangan takut lagi, bende tu dah pergi dah.” Kata Ustaz.
Selepas itu kami pun meneruskan perjalanan kami ke Villa Syakilla. Dalam
perjalanan ke sana, tibe-tibe kami semua terdengar bunyi perempuan meminta
tolong sambil menangis, “dik tolong carikan anak akak dik” bunyinya
menyeramkan. “bunyi ape tu ustaz” tanya Kupang. “takpe-takpe, kamu semua jangan
risau, mungkin nilah bende yang kite dok cari-cari tu.” jawab Ustaz. “keluar
kamu” jerit ustaz memaksa hantu tu untuk keluar. Selepas itu kelihatan kelibat
hantu perempuan berambut panjang menangis teresak-esak sambil memeluk batu
nisan keluar di sebalik pokok Jawi yang berdekatan. “ha keluar pun kamu, sape
name kamu?”tanya ustaz. “syakilla” jawabnya ringkas. “ kenapa dengan kamu nie
dah takde keje lain ke dok merayau-rayau dalam kampung ni sampai semua orang
kampung takut nak keluar rumah pada waktu malam, ape yang kamu cari sebenarya
ni” tanya Ustaz Ali lagi. “tolong kebumikan saya pak ustaz,dan tolong carikan
anak saya, dah lame saya terpisah dengan anak saya, roh saya tak tenteram
selagi saya tak berjumpa dengan anak saya.” Rayunya. “Kebumikan kamu?dimana
saya hendak cari jasad kamu” belum sempat ustaz menanyakan dengan lebih
terperinci lagi kelibat hantu tu pun terus ghaib. “Ustaz, saya rasa saya tahu
di mane jasadnya, kerana dulu ade seorang
perempuan memberitahu saya bahawa si Syakilla ni mati dibunuh kerana dijadikan
korban kepada Hantu-hantu cina disini, mungkin jasadnya masih berada didalam
Villa Syakilla tu.” sapa Tok Imam. “baiklah,..tapi dimana pula kita hendak
mencari anaknya?” tanya ustaz lagi. “mungkin anaknya juga masih ada lagi
didalam Villa Syakilla tu kerana kami sering mendengar bunyi kanak-kanak
menangis dari Villa tu.” jawab Tok Imam. “tapi tok, semasa kami tinggal
disana,takde pula kami lihat kelibat kanak-kanak berada disitu.” Sapa Ujang.
“mungkin dia menyorok kerana takutkan kamu semua agaknya” jawab Tok Imam.
“baiklah kalau macam tu mari kita masuk kedalam Villa tu dan mencari jasad si
Syakilla ni” ajak ustaz.
Sesampainya kami disana, kami terus
memulakan aktiviti mencari dimana mayat Syakilla dikorbankan. Puas kami pusing
satu Villa tu, tetapi mayat Syakilla masih juga tidak ditemui. “macam mane ni
ustaz, satu ape pun kita tak jumpe dekat dalam nie.” Tanya Tok Imam. “takpe
jangan risau, insyallah Allah akan membantu kita” jawab Ustaz. Tak lama
kemudian kami tedengar bunyi suara kanak-kanak menangis didalam sebuah bilik.
Bilik tu berada di penjuru Villa
ni. “ustaz nampaknya suara tu macam
datang dari arah bilik tu je ustaz”
yakin Tok Imam. “tapi Tok kami semua dah periksa kat dalam bilik tu
tadi, tapi takde ape-ape pun didalamnya selain perabot yang dah usang” sampuk
Amy. “takpe-takpe kita periksa sekali lagi” balas Ustaz Ali. Tanpa membuang
masa kami pun segera menuju ke arah bilik tersebut, dan seperti yang dah
dijangka didalam bilik itu memang tiada ape-ape dan sesiapa. Jadi kami pun
membuat keputusan untuk mencari suara tersebut di bilik yang lain. “nanti dulu,
cube kamu semua dengar betul-betul, rasenya suara tu macam datang daripada
belakang almari ni.” Kupang bersuara. Setelah kami semua amati betul-betul,
suara itu memang datang daripada belakang almari tu. “yelah, cube kamu semua
alihkan almari ni kesana” arah Ustaz. Kami pun segera mengalihkan almari
tersebut ke tempat lain, dan ternyata di belakang almari tersebut terdapat
sebuah bilik rahsia, kami pun segera masuk kedalam bilik itu dan kelihatanya
bilik itu seperti bilik pemujaan, kerana terdapat serpihan tengkorak yang
diletakkan di tengah-tengah bilik itu, mungkin disinilah tempat Pak Taib memuja
dan membunuh Syakilla untuk menjamu hantu-hantu tu. Suara tangisan kanak-kanak yang kami dengar
tadi menjadi semakin kuat, ini menunjukkan kami berada di tempat yang betul,
tetapi malangnya kanak-kanak itu tidak juga kami jumpa sebaliknya mayat
Syakilla yang kami jumpa. Setelah itu, kami pun membuat keputusan untuk membawa
tengkorak Syakilla keluar daripada bilik itu untuk disemadikan, belum sempat
kami nak mengangkat serpihan tengkorak
itu, tibe-tibe kedengaran satu suara, “ ustaz, janganlah bawa mak saya pergi
ustaz”, dan secara tak langsung munculah kelibat seorang kanak-kanak di depan
Ustaz Ali. Ternyata ustaz Ali tidak gentar sama sekali, “tengkorak ni mak kamu
ke nak” tanya ustaz dengan tenang. “ ya ustaz,” jawabnya. “siapa nama kamu?”
tanya ustaz lagi. “Nabila Ustaz”.jawabnya lagi. “nak, saya terpaksa bawa ibu
kamu pergi untuk disemadikan agar roh nya tenteram dan tidak menganggu penduduk
kampung lagi” terang ustaz. “kalau
begitu ustaz semadikanlah jasad saya sekali ustaz” jawabnya. “ Dimanakah jasad kamu?puas
saya mencari di dalam Villa ini tetapi tidak jumpe ape-ape.” Tanya ustaz.
“jasad saya ada di dalam Villa ni juga Ustaz, mereka tanam saya hidup-hidup di
dalam Villa nie.”terangnya. “mereka?siapa mereka, dan di mana jasad kamu
ditanam? Tanya ustaz. “ saya dibunuh oleh ibu tiri dan ayah kandung saya kerana
mereka tidak dapat menjadikan saya mangsa korban untuk hantu-hantu diorang tu
seperti mana yang telah mereka lakukan kepada mak saya. Disebabkan itu, mereka
telah menyiksa saya dan akhirnya menanam saya hidup-hidup di sebalik dinding
bilik utama Villa ni ustaz, mereka memang kejam.” terangnya sambil menangis.
“sudahlah, janganlah kamu menangis dan menganggu orang kampung disini lagi, aku
berjanji akan mencari jasad kamu dan menyemadikan kamu bersama-sama ibu kamu.”
Balas ustaz Ali dan kelibat budak itu terus menghilang sedikit demi sedikit
dengan wajah yang tersenyum riang. Selepas itu kami pun terus mencari jasad budak itu dan menyemadikan mereka pada
keesokkan harinya. Setelah tiu, Kampung Suram pun menjadi aman damai seperti
sedia kala, tiada lagi penduduk kampung yang takut hendak keluar malam.
SEKIAN TERIMA KASIH!!!
No comments:
Post a Comment